Monday, March 13, 2017

Media massa dikatakan saluran komunikasi dan informasi yang penting buat masyarakat.Apakah peranan yang dimainkannya.

Husaini Azimin

Media massa meliputi media cetak seperti akhbar dan majalah manakala media elektronik pula melibatkan televisyen,radio serta internet.Kedudukan media massa dalam masyaratkat begitu penting terutama untuk memastikan masyarakat mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ini selaras dengan konsep masyarakat bermaklumat.Ada juga pendapat yang mengaitkan media massa terlalu banyak memaparkan informasi sehingga sukar diterima dan difahami oleh mereka yang melihatnya lalu menjadikan maklumat itu tidak berguna.Oleh itu,peranan yang dimainkan oleh media cetak harus difahami untuk mengetahui impak yang dibawa itu.

Sudah pasti peranan paling ketara yang mampu dimainkan oleh media cetak seperti akhbar dan majalah itu ialah media ini melaporkan berita yang berlaku di Negara dan seantara dunia untuk makluman kita semua.Pendedahan berita yang dibuat oleh media cetak menyebabkan masyarakat memahami perkara yang sedang berlaku di dunia dengan lebih mudah dan pantas berbanding masa dahulu yang mungkin mengambil sedikit masa.Pengetahuan mengenai berita semasa ini boleh menjadikan kehidupan masyarakat kita lebih bermakna kerana mereka sendiri berasa terlibat dalam setiap berita yang disiarkan itu.Maka,peranan mendedahkan sesuatu kejadian sebagai satu berita yang boleh menjadikan masyarakat kita lebih berinformasi tentang keadaan sekeliling.

Pada masa yang sama media cetak berbeza dengan media elektronikmampu membuat analisa berita yang lebih mendalam untuk dibaca berulang kali oleh masyarakat.Pembacaan artikel yang sebegini kritis mampu membuka minda masyarakat menjadi lebih matang dalam menilai dan mmbuat keputusan tentang sesuatu perkara tersebut.Rencana yang disiarkan juga biasanya ditulis oleh wartawan atau penulis yang berpengalaman luas tentang sesuatu aspek yang dibicarakan itu untuk memberikan pandangan yang berbeza buat masyarakat pula.Jelaslah media cetak berupaya menyalurakan maklumat yang lebih kritis untuk tatapan masyarakat kita.
Selain itu,berita dan rencana yang disiarkan oleh media cetak mampu memberikan pengajaran dan maklumat kepada kita semua.Semua yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti memberikan pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengar.Berita kejadian jenayah menjadikan kita lebih berwaspada manakala berita tentang kesihatan menjadikan manusia lebih peka akan aspek pemakanan dan berita tetang politik membuatkan rakyat Negara ini sedar akan hak mereka sebagai penentu pemerintahan Negara.Maka,semua berita yang disiarkan oleh media massa membolehkan masyarakat menerimanya sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.
Media Massa juga tanpa disedari menjadi alat yang membantu meningkatkan tahap bacaan atau clik huruf di neegara ini.Kita sudah sedia maklum bahawa untuk menghayati berita media cetak ini seseorang itu perlulah mahir dalam pembacaan dan semakin banyak berita yang dibaca maka semakin mahirlah aspek  pembacaan  seseorang itu.Media cetak menjadi satu saluran yang paling mudah untuk  mendidik masyarakat kita supaya suka membaca dan menghargai bahan bacaan dengan efektif.Sesungguhnya,media cetak berupaya menjadikan seluruh rakyat neegara ini dalam bacaan mereka pada tempoh yang singkat.

Kesimpulannya,media cetak memang mempunyai banyak peranan yang boleh memajukan masyarakat kita.Usaha untuk memberi galakan suapaya lebih banyak bahan media ctak dihasilkan dinegara ini harus ditingkatkan dengan seberapa segera yang mungkin bukan sahaja masyarakat boleh menikmati faedahnya tetapi  pelajar juga boleh menggunakan bahan dalam media cetak menjadi alat bantuan pendidikan mereka terutama untuk menulis karangan.Media cetak  lambang sesebuah Negara dan masyarakatnya.                            

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *