Monday, March 13, 2017

Tajuk : Di Sini Rumah Saya

Nama : Nor Asiah Binti Rezali
No Matrik : 14021171
No Siri : 066


Mereka tidak meminta yang buruk,
Namun Allah menguji iman ,
Terdampar sepi di ruang tersorok,
Damba bantuan sesame insan.

Mungkin kita telah banyak mengetahui watak peminta sedekah yang merempat di tepi jalan, yang mengambarkan keadaan yang daif, tidak terurus, kusam, lesu, tidak ceria dan compang-camping.
     Cuba kita jawab persoalan ini di dalam hati kita,
1) Adakah golongan ini hina?
2) Adakah individu yang suka menjadi peminta sedekah?
3) Apa bantuan kita kepada mereka?
         Pada asalnya kitalah yang hina, kerana memandang serong, mencerca,mengeji dan menjauhi mereka tanpa mengengetahui dan rasa belas kasihan untuk membantu mereka. Kita sebenarnya alpa dengan nikmat kesenangan yang Allah anugrahkan kepada kita. Walaupun letih, kita ada tempat untuk berehat. Jikalau kita lapar ada makanan untuk di makan, jikalau panas ada kipas untuk menyejutkan. Tetapi berbeza dengan pengemis jalanan, kerana mereka tidak merasai itu semua. Tempat berteduh pun tiada, bagaimana untuk berehat dengan selesa?
         Seperti yang kita lihat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur yang pesat membangun tetapi terdapat banyak peminta sedekah. Disaat orang lain menulis alamat rumah, mereka terpinga-pinga kerana rumah mereka selalu diserbu oleh penguatkuasa, ada yang sempat melarikan diri dan ada yang ditangkap. Mereka memerlukan rumah baru untuk bermalam, bertemankan kesejukan di lantai koridor, di tangga bangunan, bangunan yang terbengkalai dan kerusi-kerusi di perhentian bas.
         Ada dikalangan mereka yang terpaksa melupakan hak untuk bersekolah, kerana mereka faham kesusahan keluarga mereka demi mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Rasa malu telah lama mereka buang ke tepi bagi meneruskan kehidupan seharian mereka meminta sedekah serta menyelongkarkan sampah sarap.
         Kita tidak ketahui, ada dikalangan mereka yang dibuang keluarga serta hidup sebatang kara setelah kematian orang yang terdekat. Perasaan malu mereka sangat menebal kerana tidak mempunyai keperluan hidup, disisih dan dipandang hina oleh masyarakat. Oleh itu, mereka lebih suka hidup menyendiri dan mudah sensitive akibat trauma dengan luka emosi yang menikam jiwa. Kadangkala kelaparan dan tidak selesa mereka pula terpaksa berdepan dengan perasaan sedih yang mereka alami.
         Kita patut bersimpati kepada meraka, tempat tidur mereka tidak berdinding, solat mereka juga tidak terurus jika tempat tumpangan dan pakaian kotor kebasahan. Kita yang serba-serbi lengkap pon malas dan culas untuk solat apatah lagi mereka yang diuji dengan kesempitan. Kerana itu, mereka perlu menjalani kehidupan sebagai manusia normal yang lengkap, alangkah indanya jika mereka diberi peluang untuk memperbaharui kehidupan mereka dengan tekad dan azam yang baru.
        Aktiviti membantu mereka adalah amalan yang sangat terpuji, malahan apabila kita melihat kehidupan mereka maka terbitlah rasa rendah diri dan insaf. Kita amat sukar mengunkapkan perasaan itu dengan kata-kata apabila kita melakukannya. Siapa tahu, disaat mereka menerima bantuan daripada kita, mereka dengan seiklas hati mendoakan untuk kita dan moga-moga Allah makbulkan doa mereka itu. Amin…
       



No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *