Monday, March 13, 2017

KAYA ITU MULIA

Nama : Nor Asiah Binti Rezali
No Matrik : 14021171
No Siri : 066

Yup.. Kaya itu mulia, sekali pun bukan kaya harta. Pada zaman moden ini pengertian kaya adalah meluas. Justeru, kaya tidak terhad pada harta semata-mata, malahan juga kaya jiwa, kaya kesihatan, kaya pengalaman, kaya perhubungan, kaya ilmu, kaya ekonomi, kaya legasi dan kaya spiritual.
Oleh itu, kita jaganlah bersedih jika kita tidak mempunyai kekayaan harta, mana mungkin kita mempunyai kekayaan lain, seperti kekayaan ilmu, kekayaan kasih sayang dan seumpamanya. Maka hiduplah dengan kekayaan itu dengan berkongsi dan memberi. Misalnya seperti mereka yang tidak kaya dimata manusia, tetapi kaya di sisi Allah. Kerana apa ye? … semistinya kekayaan yang kita miliki itu adalah amanah Allah untuk dibahagikan sesama kita

 Kata hukamak :
كاد الفقير ان يكون كفرا
Hampir-hampir saja orang yang miskin itu akan menjadi kafir.
Orang yang tidak berduit memang orang yang ada banyak risiko. Risiko murtad (jika Islam), risiko berhutang, risiko kelabu mata dengan pelaburan skim cepat kaya, risiko tidak rasional apabila buat keputusan dan macam-macam lagi risiko.Sebab itu kita kena berusaha dan bekerja untuk jadi kaya. Jangan ingat jadi kaya ini hanyalah dengan duit melimpah ruah, rumah banglo besar, kereta mewah dan sebagainya.Tetapi jadi kaya dalam erti kata yang lebih besar dan luas lagi ialah; tidak jadi miskin.
Kalau anda merasa kesulitan dalam menjemput rezeki pasti anda mempunyai banyak dosa dan kesalahan, cara agar anda mudah mendapat rezeki kembali  adalah dengan cara memohon ampun atau bertaubat kepad Allah SWT. Bertaubat  kerana dosa besar dan dosa kecil, sama ada taubat kerana telah menyimpang dari yang utama.Berkerjasama merupakan kunci yang penting untuk menjadi kaya. Tanpa sifat kerjasama dalam diri seseorang itu sudah pasti tidak akan tercapai untuk menjadi kaya.
Kenapa ye orang Melayu ni susah nak kaya? . . . Em, sudah pastilah pemikiran kita disekat, sebab itulah kita menjadi teragak-agak untuk menjadi kaya. Nak kaya, tapi rasa was-was antara kaya atau miskin, yang mana lebih baik? Bila cari kekayaan, kita rasa kita kejar dunia dan lupa akhirat. Tapi kalau kerja, kita nak gaji lebih besar. Kalau bonus, kita nak bonus lebih banyak.
Untuk menjadi kaya kita mistilah ada dalam fikiran kita “kaya itu mulia”, perbetulkan apa yang salah di minda kita, barulah senang untuk kita mencari kekayaan dengan bersungguh-sungguh. Kekayaan yang kita cari adalah demi kesempurnaan tanggungjawab yang Allah berikan  bukanlah sekadar untuk bermewah-mewah yang bersifat sementara ini. Selain itu juga, salah satu cara untuk memastikan dunia ini tidak melalaikan kita maka seharusnya kita mendisiplinkan diri untuk bersedekah.

Jika ingin kaya, jadilah orang yang kaya beriman. Tetapi jangan sampai menjadi kaya yang lupa kepada Allah, seperti Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Mereka ini Allah telah menceritakan di dalam Al-Quran sejak awal lagi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *