Monday, March 13, 2017

KELUARGA ACUAN ISLAM

Nama; Siti Aisyah Binti Mohamed Razali
No siri: 094
No. matrik : 15021332

            Dalam sesebuah rumahtangga seorang lelaki bernama suami dan seorang wanita bernama isteri serta anak-anak mereka menempa qalbun salim iaitu hati yang sejahteraperisai ampuh untuk menahan bakaran api neraka pada hari akhirat kelak. Oleh sebab itu kita mesti merasa bimbang apabila kini keruntuhan rumahtangga dalam kalangan masyarakat islam semakin meningkat.oleh itu kita perlu menangani masalah ini dengan segera. Kepedihan api neraka ini perlu dilihat sebadai peringatan buat kita semua untuk melakukan perubahan dan pembaikan.

Keamanan dan kesejahteraan yang luas ini bermula daripada keharmonian sebuah rumahtangga daripada sebuah keluarga keamanan itu akan membesar kepada masyarakat, daerah, negeri, dan Negara serta seluruh dunia. Rumah tangga umpama satu nucleus yang memulakan segala-galanya. Jika baik rumahtangga itu maka baiklah masyarakatnya.

Untuk mencipta syurga rumahtangga kita perlu kembali kepada resepi asasnya. Pakej yang dikatakan sebagai pakej kebahagiaan dalam sebuah rumahtangga islam itu merangkumi tiga perkara iaitu akidah, syariat dan akhlak. Inilah formula islam untuk mencapai syurga rumah tangga. Sebarang usaha untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dalam rumahtagga perlu didasari atas ketiga-tiga perkara ini. Tidak ada ketenangan tanpa islam. Jika ada yang mendakwa adanya ketenangan tanpa iman sebenarnya yang dinikmatinya itu adalah keseronokan dan bukannya ketenangan umpama fatamorgana yang disangka air.
            Iman mestilah dijadikan teras dan asas dalam sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumahtangga. Tujuan berumah tangga juga mestilah difokuskan semata-mata untuk mendaoat keredhaan Allah SWT. Oleh sebab itu Rasulullah saw berpesan supaya pilihan calon isteri atau suami dibuat atas dasar kepatuhan beragama. Rumah tangga yang dibina atas dasar iman punya niat dan matlamat yang jelas. Dengan niat dan matlamt yang jelas pasangan suami isteri akan tabah mengharungi ujian dan cabarab dalam rumah tangga.
            Jika iman dan syariat terlebih dahulu ditanam dalam sesebuah keluarga, maka formual dan panduan tentang kebahagiaan keluarga akan pasti terlaksana. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *