pok jak
SYIAH didefinisikan sebagai golongan yang
memihak kepada Saidina Ali dan ahl al-bayt. Mereka menegaskan bahawa Saidina
Ali ialah imam yang sebenar selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Pendapat
terbanyak mengatakan bahawa golongan ini lahir pada akhir pemerintahan Saidina
Uthman. Golongan ini berpecah kepada beberapa puak secara umumnya golongan
pelampau yang terlalu mengagungkan Saidina Ali seperti al-Im miyyah al-Lthn
‘Asyariyyah dan kedua, golongan yang mengamalkan sifat sederhana seperti
al-Zaydiyyah.
Fahaman Syiah ini telah mempengaruhi mereka
untuk berhujah dengan al-Quran bagi menyokong pendapat dan akidah puak
masing-masing. Ini menyebabkan berlakunya penyelewengan-penyelewengan di dalam
tafsiran al-Quran kerana mereka cuba mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bagi
menyokong dan memperkuatkan mazhab mereka walaupun tafsiran tersebut
menyebabkan maksud al-Quran menyimpang jauh daripada kehendak lafaznya yang
asal. Sebagai contoh, golongan al-Sab’iyyah mendakwa bahawa Saidina Ali berada
di dalam awan, guruh ialah suara dan petir ialah cahaya cemetinya sehingga ada
di kalangan mereka yang mengucapkan “Selamat Sejahtera ke Atasmu Ali” apabila
mendengar guruh.
Golongan ini juga mentakwilkan ayat 85 surah
al-Qasas, “Sesungguhnya Tuhan yang telah memberikan al-Quran kepada engkau
menjadi peraturan, sudah tentu akan memulangkan engkau ke tempat kembali (Kota
Mekah)” bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan kembali ke dunia semula. Golongan
al-Bayniyyah yang diterajui oleh Bayan ibn Sam’an al-Tamimi pula mendakwa
bahawa yang dimaksudkan dalam ayat 138 Ali Imran, “Al-Quran inilah
keterangan-keterangan yang jelas untuk manusia, pimpinan kepada kebenaran dan
pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa” ialah beliau sendiri. Golongan
al-Mughiriyyah telah mentafsirkan perkataan al-zalum dan al-jahul di dalam ayat
72 al-Ahzab, “….tetapi manusia itu banyak kesalahannya (zaluma) dan bodoh
(jahula)” sebagai Saidina Abu Bakar.
Mazhab al-Imamiyyah al-Ithna Asyariyyah
mentafsirkan al-Quran mengikut kepercayaan dan akidah mereka tanpa mempunyai
sandaran dan dalil yang kuat. Sumber rujukan utama mereka ialah Jam al-Quran wa
‘wilihi, iaitu kitab (mengikut dakwaan mereka) yang dihimpunkan di dalamnya
al-Quran oleh Saidina Ali berdasarkan turutan turun ayat, kitab berkaitan ‘Ulum
al-Quran yang mereka dakwa diriwayatkan daripada Saidina Ali, al-Jamiah yang
mengikut dakwaan mereka ialah tulisan Nabi s.a.w, al-Jaafar yang diriwayatkan
daripada Jaafar al-Sidiq dan Mushaf Fatimah. Mushaf Fatimah mengikut dakwaan)
ialah sebuah kitab yang ditulis oleh Saidina Ali mengandungi kata-kata Jibril
a.s terhadap Fatimah r.a.
No comments:
Post a Comment