Monday, March 13, 2017

TA’ZIR DALAM ISLAM

Nama : Muhammad Fahmi Bin Mat Isa  
Nom. matrik : 14021098
Nom. Siri :  109
Artikel : 4

       Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam bagi junjungan kita,  Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat baginda dan segala manusia yang mengikut jejak langkahnya serta umat Islam yang mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah S.W.T .
         Keperluan kepada hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam pada hari ini, seperti mana yang berbangkit di atas sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini seolah-olah telah berubah. Kalau syariat Islam hanyalah suatu agama semata-mata, segala perubahan ini mungkin tidak merupakan cabaran besar terhadap corak amalannya. Kerana ritual keagamaan biasanya tidak tertakluk kepada apa-apa perubahan masyarakat memandangkan sifat dan nilainya yang dogmatik. Tetapi Islam bukan satu agama semata- mata dalam konsep yang sempit di atas. Ianya suatu sistem hidup. Oleh kerana hidup manusia ini berkembang maka cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pengembangan tafsiran dan amalannya agar sesuai dengan keperluan setiap perkembangan yang ada..

PENGERTIAN TA'ZIR
      Dari segi bahasa al-Ta’zir bermaksud menolak, mencegah atau menghalang. Ia dinamakan hukuman ta’zir disebabkan wujudnya hukuman tersebut akan dapat menghalang orang-orang yang melakukan kesalahan daripada melakukan kesalahan ataupun mengulangi pada masa akan datang. Mengikut pengertian syarak ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah SWT dan hak manusia terhadap terhadap kesalahan-kesalahan yang selain hukuman qisas, hudud, diyat dan kifarat.
PENETAPAN HUKUM TA’ZIR
    Hukuman yang berkaitan dengan ta’zir tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith, di mana ia terserah kepada kepakaran hakim dan pemerintah untuk menetapkan sesuatu kesalahan itu dengan hukuman demi kepentingan penjenayah dan masyarakat serta Negara. Dalam hal tersebut juga hukum ta’zir berubah mengikut corak kehidupan. Hukuman ta’zir juga tidak terhad. Ianya berbentuk penjara, denda, rampas harta atau buang negeri. Lantaran itu ia meliputi aspek yang luas seperti berkhalwat, pecah amanah, rasuah, mengedar dadah, menagih dadah dan sebagainya. Oleh itu, dalam konteks lain, pembunuhan yang diampunkan oleh waris atau ada sebab tertentu yang tidak boleh dilaksanakan qisas terhadap pembunuh dengan sengaja, hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir terhadap pembunuh itu.
    Jika seorang membunuh dengan sengaja ada dua pendapat padanya, Malik ,Syafie , dan Ahmad berpendapat kepada harus bagi wali yang membunuh menuntut hukuman qisas kepada penjenayah atau mengambil bayaran diyat jika ia tidak redha dengan pembunuhan tersebut sebagaimana hadis yang di riwayat Ahmad daripada Nabi Muhammad SAW : “sesiapa yang membunuh maka baginya hukuman bunuh diberi pengampunan atau dituntut bayaran baginya. Pembunuh itu boleh dikecualikan dari hukuman bunuh, jika waris orang yang dibunuh itu bersetuju menerime wang (diyat) darinya.
      Terdapat jaminan terhadap kesalamatan nyawa dalam hukuman qisas dengan menghukum bunuh terhadap si pembunuh, kerana mungkin sekiranya pembunuh itu masih hidup dia akan menyerang dan membunuh lebih ramai orang lagi. Walaupun ada juga jaminan nyawa untuk pembunuh itu, iaitu dengan membayar diyat.
      Dan kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa  iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut seperti wang emas, wang perak, lembu dan sebagainya.

TUJUAN PELAKSANAAN HUKUM TA’ZIR
     Penetapan hukum ta’zir adalah termasuk dalam bidang kuasa hakim atau mahkamah iaitu bagi tujuan mengawal keadaan dan undang-undang supaya ia tidak disalahgunakan dan tidak ada penyalahgunaan kekuasaannya oleh sesiapa selain hakim. Antara tujuan pelaksanaan hukum ta’zir ialah :
• Untuk menjaga kepentingan masyarakat umum.
• Pelaksanaannya adalah melalui pertimbangan yang wajar dan berkesan oleh hakim atau pemerintah untuk menolong orang yang bersalah juga masyarakat dan mengambil pelajaran dan menghindarkan perbuatan jahat dan untuk kesejahteraan manusia sejagat.
• Hukuman ta’zir janganlah melebihi hukum hudud.

• Ta’zir mestilah dilakukan dengan adil jika pesalah terdiri daripada beberapa orang yang melakukan kesalahan yang sama.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *