Monday, March 13, 2017

MAQASID SYARIAH DALAM ICT

Nama; Siti Aisyah Binti Mohamed Razali
No siri: 094
No. matrik : 15021332

Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w memberi panduan kepada semua aspek kehidupan manusia sehinga akhir zaman. Syariat ini bertepatan dengan hidup manusia kerana manusia merupakan hasil ciptaan Allah SWT yang maha mengetahui apa yang sesuai untuk manusia dalam mengharungi dunia yang sementara ini. Walaupun kehidupan berubah dan tamadun bertambah maju seiring dengan peredaran masa namun namun syariat ilahi tetap bertepatan untuk menangani keperluan hidup manusia dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Matlamat umum syariah adalah untuk menjaga maslahah iaitu keperluan kepentingan dan kesejahteraan manusia serta mencegah dan membanteras kerosakan dan perkara-perkara yang membawa kepadakehancuran dalam kehidupan di dunia dan diakhirat kelak. Para ulama telah menggariskan maqasid syariah iaitu tujab dan objektif syariah yang merangkumi perkara-perkara yang ingin dipelihara melalui pelaksanaan syariah dan hukumnya.ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, daruriyyat yang merangkumi perkara-perkara yang menjadi keperluan asas iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan nasab keturunan serta harta. Perkara-perkara ini perlu dipelihara dan diberi perhatian dem kewujudan dan kelangsungan hidup yang sejahtera.

Manakala hajiyyat pula ialah keperluan yang bersifat menghilangkan kesulitan dan kesempitan serta mendapatkan kemudahan dalam kehiduapan. Ontohnya keperluan terhadap kenderaan untuk urusan seharian atau kemudahan untuk berbuka puasa bagi orang yang bermusafir. Dalam perkara seperti ini syariah memberikan perhatian demi mencapai kesejahteraan untuk manusia.
Tahsiyyat pula adalah aspek kesempurnaan dan kecantikan hidup seperti tingkah laku dan pekerti yang mulia. Kemodenan dan kemajuan yang dicapai oleh manusia tidak dapat dipisahkan dari syariah. ICT sebagai salah satu ilmu teknologi yang giat dijalankan dan diusahakan oleh manusia hasi ldaripada ilmu pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT dan seharusnya ia menjadi sesuatu yang dibangunkan dan digunakan bertepatan dengan maqasid syariah dan menjadi alat untuk mencapai maqasid syariah terutamanya lima perkara daruriyyat sebagai perkara utama yang harus ditangani oleh manusia.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *