Monday, March 13, 2017

Cinta yang pudar Sayang Jadi Benci

Azim Haikal

Ketika masyarakat memperkatakan mengenai kehebatan gandingan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang kembali beraksi bersama dalam filem pecah panggung Dilwalee, dalam masa sama ada yang berseloroh, ‘siapa sanggup sambung bayar’ untuk ‘masuk meminang’ seorang artis yang baharu sahaja bercerai.
Lebih menarik lagi, diletakkan gambar dua orang artis yang pernah berkahwin dengan lelaki sama, satu bercerai selepas mendapatkan seorang anak manakala seorang lagi selepas melahirkan dua anak. Mereka masih muda, cantik dan masih menarik menurut pandangan lelaki walaupun ramai yang mengeluh kenapa semakin ramai pasangan Melayu-Islam bercerai.
Akhbar Kosmo bertarikh 12 Januari 2016 memakai tajuk muka hadapan ‘Malaysia negara janda dan duda’ apabila 156 perceraian berlaku setiap hari. Dalam tempoh enam tahun, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan berlaku 274,000 kes perceraian dan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2015 sahaja sejumlah 38,035 pasangan tidak lagi bergelar suami isteri.
Akhbar yang sama turut mendedahkan 22 alasan remeh menjadi punca perceraian di Selangor. Berdasarkan perangkaan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, pada tahun 2014 kes perceraian di negeri itu telah meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.
Keseluruhan perceraian pasangan Melayu-Islam semakin merimaskan apabila jumlahnya semakin meningkat saban tahun. Antara tahun 2012 hingga 2014, sejumlah 92,678 pasangan mendaftarkan perceraian mereka dan lebih membimbangkan ialah umur perkahwinan kurang sepuluh tahun merupakan kohort terbesar memfailkan tuntutan bercerai.
Apa pun alasannya, perceraian semakin dilihat sebagai satu trend kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh orang Melayu-Islam kerana sebahagian besarnya tidak lagi bersandarkan prinsip kekeluargaan Islam.

Peningkatan perceraian merupakan fenomena global, bukan hanya berlaku di Malaysia. Di Indonesia misalnya, pada tahun 2010 terdapat sejumlah 251,208 kes dan meningkat kepada 382,211 kes pada tahun 2014. Makasar (Sulawesi) dan Jakarta mencatatkan jumlah perceraian tertinggi. Perbezaan pendapatan antara suami dan isteri dikatakan menjadi punca terbesar.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *