Monday, March 13, 2017

Tajuk : Mujahidin Cinta

Nama : Nor Asiah Binti Rezali
No Matrik : 14021171
No Siri : 066

“ Jika Allah itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan,maka cintailah olehmu hai Jibril si Fulan itu.Jibril lalu menyintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penduduk langit meberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua hai penghuni-penghuni langit si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu, diletakkanlah penerimaan baginya ( kecintaan padanya) dikalangan penghuni bumi.” Muttafaq’alaih.

Hadis diatas menerangkan bahawa Allah meluahkan perasaan cintanya kepada makhluk yang dia cintai. Manakala pada kebiasaan manusia pula yang mencintai seseorang, semistinya dia mempunyai keingin untuk memberitahu kepada orang lain bahawa dia mencintai seseorang. Perasan seseorang itu akan merasai bahagia dan tenang apabila dapat dikongsikan ataupun meluahkanya.
Cinta paling agung adalah cinta kepada Allah SWT kemudian kepada Rasulnya, para sahabat, ibu bapa, orang-orang yang beriman dan sesame manusia. Tetapi bersalahan pula para muda mudi zaman kini, kena ye?... Semistinya para muda mudi ini mempunyai cinta yang bercanggah dengan Syariat, mencintai berlainan jantina. Sedarlah bahawa hakikat cinta adalah orang yang tidak sanggup untuk menyakiti kita, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tetapi berbeza pula dengan muda mudi sekarang, sehinggakan sampai teman yang dicintai itu melahirkan anak luar nikah. Cinta yang berlainan jantina ini yang menimbulkan banyak anak-anak luar nikah yang dilahirkan, mahupun yang hidup atau yang mati. Kuasa cinta menyebabkan yang jauh terasa dekat, yang berat terasa ringan, yang busuk dikatakan wangi, bahkan yang pahit terasa manis. Inilah merupakan ekspresi kuasa cinta pada hari ini

Oleh itu, bagi mereka yang hendak meluahkan rasa cintanya hendaklah disertakan dengan sifat malu, sedangkan tokoh-tokoh islam, para ambiya telah membuktikan bahawa perkara tersebut boleh dilaksanakan dengan baik. Sebagai contoh daripada kisah Nabi Syu’aib, salah seorang daripada putrinya ingin menjadikan Nabi Musa cintanya dan juga sebagai teman hidupnya, lantas Nabi Syu’aib terus berjumpa dengan Nabi Musa untuk berbincang tentang permintaan anaknya. Kisah ini terdapat didalam surah Al-Qashash ayat 22 hingga 28.   

Kesimpulanya, marilah sama-sama kita memperbaiki cinta kita dengan Allah SWT, sebelum kita mencari cinta sesama manusia. Betapa agungnya cinta Ilahi yang menjadikan pendengaran, penglihatan, tindakan kita terhadap petunjuknya, bahkan dimakbulkan segala permintaan. Jesteru, apabila kita mempunyai cinta dari pada Allah, semintinya cinta seseorang itu akan datang dengan cinta Allah dan Rasulnya… Berbahagialah dengan cinta yang dimiliki.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *