Monday, March 13, 2017

Seni bina bercirikan islam

03,014,015,016,017
 
           
Seni bina Islam merupakan sebahagian cabang dari bidang seni yang dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat manusia yang mempunyai fitrah semula jadi cintakan sesuatu keindahan. Justeru itu, senibina islam sentiasa disanjung dan dihargai kerana matlamatnya ialah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Senibina juga berperanan dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani yang mempunyai hubungan dalam segi material dan rohani. Oleh itu, Islam telah menetapkan panduan supaya seni itu dapat memberikan fungsi yang sewajarnya dan menepati kehendak syariah Islam.

            Selain itu, M.A.J Beg dalam “fine arts in Islamic civilisation” turut memberi perhatian terhadap seni bina Islam. Beliau berpendapat bahawa the “ architecture of islam is the expression of a region and its view of the world rather than that of a particular people of political or economic system”.

            Seni Islam tidak lahir seiring dengan kelahiran Islam. Namun ia merupakan titik permulaan perkembangan seni bina Islam apabila terdirinya Masjid Quba’ yang dibina oleh Rasulullah S.A.W di Quba”. Kemudiannya pembinaan masjid Nabawi pula mengambil contoh Masjid Quba” dalam asas senibinanya.

            Pada zaman para sahabat pula senibina menampakkan kemajuan dalam pembangunan fizikal yang berteraskan keimanan, ketakwaan dan akhlak yang tinggi. Dalam masjid zaman tersebut, telah dihiasi dengan ayat Al-quraan yang diukir indah. Pada peringkat permulaan, pembinaan masjid mengutamakan pembinaan menara yang dibina agak tinggi dalam bentuk tirus. Menaranya juga adalah berbeza sama sekali dengan menara yang dibina oleh kerajaan Rom dan Parsi yang didirikan dengan binaan yang agak rendah dan berfungsi sebagai kawalan keselamatan senibina Negara ini menunjukkan senibina semakin berkembang secara evolusi.

            Apabila munculnya kerajaan Umaiyyah, bangunan-bangunan seperti istana dan masjid didirikan dengan tersergam bagi melambangkan kegemilangan sesebuah empayar. Sesetengah bangunan ini dibina hasil daripada kutipan cukai rakyat untuk kepentingan golongan pemerintah dan bangsawan yang ada dikalangan mereka mengagungkan duniawi. Justeru, ketika itu lahirlah berbagai bentuk senibina. Kebanyakan kewujudan bangunan-bangunan tersebut berorientasikan keagungan pemerintah dan bukannya bangunan yang bersifat kemasyarakatan dan kebajikan rakyat.
            Kepentingan senibina menurut Islam dapat diukur dengan kepentingan dan fungsi pembinaan masjid itu sendiri, ini kerana masjid itu sendiri merupakan institusi utama dalam kebudayaan Islam yang membawa impak terhadap perkembangan agama Islam. Masjid dibina dengan pelbagai bentuk, gaya, corak dan penampilan mengikut zaman dan waktu berdasarkan latar belakang manusia yang membinanya kerana orang yang mendirikan masjid akan mendapat keredhaan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam sepotong hadis yang bermaksud
“sesiapa yang membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya allah membangunkan untuknya sebuah rumah didalam syurga firdaus”
*bentuk, gaya dan corak mengikut masjid di china
            Senibina Islam itu adalah bersifat global merangkumi senibina pelbagai bangsa dan budaya. Oleh itu, sudah tentulah hasil binanya pelbagai rupa dan berasaskan kepada satu konsep iaitu ketauhidan kepada Allah. Justeru, kita boleh tafsirkan bahawa senibina itu melambangkan kebudayaan yang berasaskan kepada agama. Kita dapat melihat bangunan-bangunan yang didirikan oleh umat Islam seluruh dunia kelihatan hampir agak sama dalam seni binaanya dalam elemen-elemen seperti kubah, gerbang,dan kekubah.
                                       
                        *bentuk kubah di Bangunan kedai Bandar baru pasir mas.
            Orang-orang barat memberi pandangan yang agak negatif terhadap senibina Islam seperti K.A.C. Creswell dan John D. Hoag. Mereka menolak sebarang ciri senibina yang terdapat pada zaman Rasulullah S.A.W sebagai senibina yng penting begitu juga senibina yang wujud pada zaman pemerintahan khulafa’ ar-rasyidin. Walau bagaimanapun mereka menerima kewujudan senibina yang terdapata pada zaman selepasnya.
            Menurut Omer Spahic dalam “ a history of architecture” senibina Islam mempunyai hubungan yang erat dengan spiritual dan juga fizikal individu muslim. Beliau berkata “ Islamic architecture come about to facilitate, foster and stimulate to ceaseless ibadah (workship) practise of  it users.” Dalam perbahasan itu beliau turut menyatakan senibina itu sebagai framework dalam melaksanakan tuntutan Islam untuk dijadikan dorongan bagi orang Islam dalam melaksanakan ibadah samaada melalui ibadah harian atau ibadah-ibadah yang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui bangunan masjid-masjid sebagai tempat ibadah yang utama masyarakat Islam yang boleh digambarkan sebagai identiti, budaya dan tamadun umat Islam itu sendiri.
            Dalam aspek strukrur pembinaan sesebuah seni bina, seorang arkitek perlulah mengkaji agar seni bina itu benar-benar dihayati oleh indvidu muslim. Oleh sebab itu, falsafah penghayatan itu penting dengan menghubungkan bentuk fizikal masjid tersebut dengan aspek kerohanian yang seseorang. Oleh yang sedemikian, dalam sesebuah seni bina adalah jarang sekali masyarakat Islam mengambil berat terhadap falsafal seni bina terutamanya dalam konteks seni bina masjid. Penulis beranggapan bahawa sesebuah seni bina itu mempunyai fungsi yang tersendiri dalam konteks hubungannya dengan Allah. Elemen-elemen seperti ruang solat, mihrab, bentuk kubah, menara dan minbar memberi kesedaran terhadap keagungan dan  kebesaran Allah.
*ruang solat dan mimbar masjid Beijing
            Melalui seni bina Islam, terdapat beberapa reka bentuk yang perlu diambil perhatian dalam sesuatu binaan Islam terutamanya reka bentuk sebuah masjid. Antaranya ialah elemen geometri, Muqarnas dan Arabesque. Geometri juga merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam perhiasan dalam kesenian Islam. Geometri diguna pakai sebagai hiasan yang memperlihatkan hubungan kecantikan dan keharmonian dengan alam sekeliling. Selain itu, elemen geometri juga sebagai simbol bagi menggambarkan sesuatu yang baru bentuk dan  corak- corak geometri itu dibentuk berdasarkan beberapa konsep yang digunakan bagi menghasilkan corak yang terdiri daripada segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga, heksagon, pentagon dan octagon. Oleh itu, elemen geometri dilihat sebagai pelengkap kepada keindahan dan kemasyhuran sesuatu binaan itu. Elemen inilah yang menjadi dekorasi di setiap sudut binaan pereka-pereka Islam.
            Selain bentuk geometri, bentuk Muqarnas pula merupakan berupa hiasan berpetak atau melengkung yang terdapat pada bahagian squinch atau susunan pelangi sebagai alat penampung dan juga sebagai unit hiasan. Dalam dunia melayu, bentuk hiasan muqarnas tidak pernah muncul kerana perbuatannya agak susah dan memerlukan kemahiran teknik yang tiada dalam tradisi binan melayu. Selain itu, Arabesque pula merupakan sejenis hiasan yang bercorak daun daunan yang khusus dalam kesenian Islam. Hiasan ini termasuklah pucuk, bunga dan ranting yang berbelit-belit serta tindih menindih yang kebiasaannya terdapat pada kebanyakan masjid di nusantara walaupun agak sukar dari segi teknik perbuatannya yang memerlukan kemahiran yang tinggi
*reka bentuk bumbung masjid beajing bercirikan reka bentuk masyarakat cina
            Dalam menghuraikan ciri-ciri seni bina Islam, penulis tidak menemui sebarang penghuraiannya yang berkaitannya secara detail. Hasil tulisan yang ditemui adalah lebih berbentuk umum. Antaranya ialah I.H.Qureshi yang berpendapat cirri-ciri utama seni bina Islam yang pertama ialah seni bina itu mestilah mempunyai ruang untuk kemasukan cahaya kedalam bangunan sebanyak yang boleh. Hal ini sesuai dengan keadaan alam persekitaran yang memberikan keselesaan kepada umat Islam semasa mengerjakan ibadat solat di masjid atau di rumah kediaman. Kedua ialah menggunakan bahan hiasan seperti tulisan khat atau khaligrafi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis. Penerapan tulisan khaligrafi amat berkesan dan begitu harmoni sekali lagi melambangkan kehidupan manusia. Ketiga ialah terdapat ruang bilik yang memisahkan antara kaum lelaki dan kaum perempuan. Keempat ialah reka bentuk sesebuah bangunan itu mestilah sesuai dengan iklim setempat di sesebuah negara. Kelima ialah perabot dalam sesebuah bangunan tersebut mestilah sederhana dan indah serta tidak ada unsur pembaziran. Seterusnya, keenam ialah seni bina juga mencirikan luahan perasaan, ketenangan, ketenteraman dan keheningan penghuninya. Dalam erti kata lain, tidak wujud sebarang pertentangan antara unsure kerohanian dengan kebendaaan mahupun keduniaan atau akhirat. Ketujuh ialah keselamatan bangunan perlulah dititik beratkan dan selamat digunakan dalam jangka waktu yang lama. Keadaan ini terbukti menerusi sesetengah masjid dan bangunan yang telah didirikan hampir 100 tahun tetapi masih utuh serta kukuh dan boleh digunakan dengan selamat.
            Penambahan ciri-ciri ini turut dikemukakan oleh Muhammad Tajuddin Rasdi dalam tulisannya konsep perbandaran Islam yang mencatatkan bahawa cirri-ciri seni bina mempunyai hubungan yang rapat dengan faktor geografi terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca, keadaan angin dan suhu. Aspek-aspek ini menjadi penentu kepada keperluan masyarakat terhadap ciri-ciri tertentu pada sesuatu bangunan. Begitu juga dengan falsafah seni bina mestilah berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan dan keselesaan masyarakat sesuatu tempat dan bukan sekadar untuk meniru elemen-elemen seni bina asing yang mencerminkan ciri-ciri Islam itu. Dalam hal ini , pembinaan sesebuah bangunan itu dianggap mempunyai seni bina Islam tetapi sebahagian arkitek agar meminggirkan faktor ini. Bagaimanapun, penulis melihat terdapat beberapa faktor lain yang dikemukakan iaitu binaan tingkap yang terdapat dalam seni bina Timur Tengah yang terdiri daripada tingkap yang kecil pada bahagian termasuk atas bangunan masjid. masjid Sultan Sulaiman, Istanbul mempunyai tingkap-tingkap yang kecil dibahagian atasnya. Masjid Badshshi, Lahore, Pakistan, tidak mempunyai tingkap tetapi mempunyai gerbang iwan yang besar bersama pintu-pintu yang lain. Hal ini jelas menunjukkan faktor dan cuaca menjadi salah satu faktor utama dalam ciri-ciri seni bina Islam. Bagaimanapun ciri-ciri ini berbeza dengan pembinaan masjid seni bina Islam Nusantara iaitu Masjid kampung Laut, Kota Bharu dan Masjid Kampung Peringit di Melaka yang mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak. Keadaan ini disebabkan oleh iklim Nusantara yang panas dan lembap beserta hujan yang kerap memerlukan angin yang secukupnyauntuk penyejukan dan pengudaraan. Oleh itu, tingkap menjadi elemen utama dalam sesebuah bangunan Islam walaupun di wilayah-wilayah yang berbeza. Perbezaan ini memperlihatkan keperluan masyarakat terhadap pengaruh geografi sertempat dalam sesebuah bangunan tersebut.

            Pengertian seni bina mempunyai ruang lingkup yang luas yang menyentuh pelbagai aspek dalam sesebuah bangunan yang ada hubungan dengan ketauhidan terhadap Allah. Melalui bangunan-bangunan masjid diatas muka bumi, maka terciptalah pelbagai reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang mempunyai konsep ketauhidan. Pemerkasaan seni bina islam perlulah diketengahkan oleh semua pihak bagi memartabatkan seni bina islam dalam peradaban ummah.          

2 comments:

  1. Bapak die panjang sangat lah nk buat aksingmen pun susah

    ReplyDelete
  2. Pergh jumpa yg panjang x siap kalini

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *