Monday, March 13, 2017

Cara untuk mengatasi stress

Di sediakan oleh: siti Maryam bt Zulkefli
No siri: 010

Stress atau tekanan perasaan adalah salah satu penyebab utama yang menyumbang kepada penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau migraine. Banyak lagi penyakit yang berlaku berpunca daripada tekanan perasaan. Bagaimanakah caranya untuk kita mengatasi stress atau tekanan perasaan?. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentang cara-cara untuk mengawal stress.

1.Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Contohnya, para pelajar disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca mudah diingati.

2.Membaca al-quran, zikir dan selawat.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat  dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikan al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang  waktu. Sesungguhnya ayat al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.

3.Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan waktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Lakukan apa saja aktiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormone yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
4.Amal diet dengan disiplin yang kuat.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengawal stress adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
5.Jangan malu untuk ketawa
Biasakan diri dengan membaca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa dan tersenyum.
6.Fokus kepada warna yang menenangkan.
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.
7.Tidur yang secukupnya
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari. Tidur yang cukup akan mengecas bateri(tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
8.Hanya lakukan yang terbaik dan menghargainya
Tidak kira apa yang berlaku hari ini, ingat! Anda tidak akan menikmati hidup anda jika anda tidak menikmati cabaran anda. Dan cabaran yang paling sukar anda pernah lalui, anda akan merindui dan berterima kasih kepadanya apabila anda sedar betapa ia telah membawa anda sejauh ini.
9.Fokus kepada perkara positif

Pemikiran yang positif bukanlah mengharapkan yang terbaik berlaku setiap masa. Ia mengenai menerima apa yang berlaku dalam setiap masa dan membuat yang terbaik terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *