Monday, March 13, 2017

SOLAT TAHAJJUD

DITULIS OLEH
NAMA PENUH : NOOR SA’ADAH BINTI OMAR
NO SIRI : 018
NO MATRIK : 14021123

Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"
Sayyidina umar al-khattab pernah menyatakan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk, nescaya akan dianugerahkan Allah 9 perkara, iaitu :
1)      Dijauhkan daripada segala penyakit.
2)      Terzahir kesan takwa pada wajahnya.
3)      Dikasihi seluruh orang beriman dan manusia.
4)      Kata-katanya mengandungi hikmah.
5)      Dikurniakan rezeki yang halal dan berkat.
6)      Bangkit dari kubur dengan wajah berseri-seri.
7)      Hisab dipermudahkan.
8)      Melalui titian sirat seperti kilat.
9)      Buku amalan diterima melalui tangan kanan.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

1.       Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.       Doa dimakbulkan Allah.
3.       Memperolehi ketenangan jiwa.
4.       Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.       Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6.       Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7.       Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8.       Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
9.       Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10.   Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.   Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12.   Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13.   Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.   Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15.   Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.   Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

17.   Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *