NAMA: ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD
NO SIRI: 111
Sahabat. Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai
seorang sahabat.
Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari
sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar
ditemui.
Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut
bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat,
berusahalah mencarinya.
Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah
manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah
ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”
Itulah gambaran sikap dan sifat seorang sahabat. Sahabat itu
ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka.
Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita,
tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu
benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama.
Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan
kita tapi akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang
lain berbicara buruk tentang kita,dia yang menyokong kita dan bercerita tentang
kebaikan kita.
Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari
sahabat,sahabat itulah musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui
kelebihan dan kekurangan kita.
Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia
benar-benar sahabat yang baik ataupun sebaliknya.
Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat, ujilah
sahabat kita dengan membuatnya marah. Kemudian, suruhlah orang lain bertanya
padanya tentang kita dan rahsia kita.
Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang
kita dan masih lagi menyimpan rahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat.
8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya
1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah
Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila
kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan
kekurangannya.
2. Jangan menjadi api
Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan,
adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah
seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita
kalah.
3. Tanam sifat saling percaya
Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga
yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu.
Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.
4. Sentiasa berbincang
Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk
bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan
berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.
Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda
menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam
komunikasi antara anda berdua.
5. Carilah orang tengah yang mampu membantu
Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang
mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih
orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat
anda.
6. Luangkan masa bersama
Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan
sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah
sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.
Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri
masing-masing ketika ada waktu terluang.
7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya
Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya
menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.
Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita
dimarahinya.Bersabarlah.
Terimalah sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia
menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?
8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang
Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang
mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan
menangis susah dicari.
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan
kesusahan bersama kita.
Hidup terlalu sunyi tanpa seorang sahabat.
Seorang sahabat boleh menjadi seseorang yang amat penting
dalam hidup kita. Agama kita juga menganjurkan kita bersilaturrahim.
No comments:
Post a Comment