Monday, March 13, 2017

CEGAH FITNAH SIBER

Nama: Siti Fatimah Azzahra Bt Bahari
No Siri: 004
No Metrik: 15021415

Internet merupakan salah satu medium komunikasi masa kini yang sangat berkuasa. Ia sebagai alat yang menyebabkan kita berasa rugi jika mengabaikannya. Namun, ia ibarat bilah mata pedang yang boleh di gunakan untuk kebaikan dan kejahatan.
            Terpulang kepada kita untuk memilih cara untuk menggunakannya. Adakah kita mahu mencuba dan mewujudkan kasih sayang dan perpaduan menerusi coretan kita di internet atau adakah kita mahu mewujudkan permusuhan, kebencian, kesangsian atau perpecahan?
Dosa Berganda
            Perbuatan mengumpat dan mencela pada hari ini sudah jatuh ke tahap yang lebih “keji”. Mengumpat bukan lagi dilakukan menerusi lisan, malah lebih mudah daripada itu menerusi medium internet.
            Internet menjadi tempat untuk seseorang membuat serangan peribadi secara terbuka. Kini, sesiapa sahaja mampu melakukan sedemikian di rumah mereka sendiri tanpa batasan dengan menjaja keburukan orang lain tanpa perlu bergerak ke mana-mana pun.
            Bukan itu sahaja, tanpa segan silu Internet dapat menyebarkan keaiban atau ketidakpuasan hati seseorang kepada khalayak ramai dengan menekan satu butang sahaja. Ditambah lagi rakan dan teman yang “sependapat” dengannya yang menokok tambah cerita tanpa mengetahui hujung pangkal dan usul periksa. Khabar angin ini terus disebarkan dengan begitu mudahdan cepat sepantas tiupan angin.
            Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya : “Wahai orang yang beriman dengan lidahnya, tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum muslim dan mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip dan mendedahkannya, meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud)
            Internet adalah satu cabaran baru kepada manusia bagi memudahkan perhubungan yang hampirtidak mempunyai sempadan. Orang yang mengumpat atau melakukan fitnah siber lebih cenderung melepaskan geram.
            Dalam pelbagai kes yang berlaku, ia membawa kepada kemarahan, kebimbangan dan kemurungan orang yang difitnah. Berita yang di muatkan dalam laman siber akan tersebar dengan mudah dan cepat. Perkara yang lebih serius berlaku apabila gambar yang mengaibkan turut dimuat naik.
            Si pelaku tidak mempedulikan ancaman Allah asalkan hatinya puas dapatmeluahkan perasaan benci yang membara. Firman Allah yang bermaksud: “ Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang laindaripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka memakan daging bangkai saudaranya? Sudah tentu kamu semua benci memakannya.” (Surah Al-Hujurat 49:12)

Medium Kebenaran
            Umat Islam sepatutnya lebih cenderung menggunakan kemudahan alam siber untuk mengeratkan silaturrahim dan mematuhi ajaran Islamyang dapat memupuk rasa takut kepada Allah. Kita boleh mengambil manfaat ini dengan menjadikan teknologi sebagai medan dakwah. Islam dapat disebarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa ada lagi batasan sempadan.
            Namun, agenda untuk melepaskan perasaan marah dan benci masih kuat menguasai manusia. Benarlah kata-kata hikmah yang menyatakan mata pena(tulisan di Internet) lebih tajam daripada mata pedang.
            Apa-apa pun kaedah yang kita gunakan untuk menyatakan keburukan orang lain, ia tetap diklasifikasikan sebagai mengumpat. Jika kita menggunakan alam siber untuk mengaibkan orang, ingatlah kembali sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat.” (Riwayat At-Tirmizi)

            Marilah kita mendidik masyarakat agar menjadikan teknologi internet sebagai alat untuk menguar-uarkan kebaikan dan bukannya alat untuk memecahbelahkan masyarakat. Internet dapat memberi kebaikan kepada manusia jika dapat dimanfaatkan dengan betul dan sebaiknya.  

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *