Monday, March 13, 2017

PERSAINGAN YANG ISLAMIK

Nama:Siti Fatimah Azzahra Bt Bahari
No Siri:004
No Metrik: 15021415

Persaingan yang sihat dapat memberikan motivasi kepada seseorang untuk bertindak melebihi keupayaan sebenar agar dapat menyaingi persaingnya. Persaingan berpunca daripada semangat ingin berlumba – lumba untuk mencapai kejayaan melebihi orang lain.
Persaingan sesasama individu biasanya membabitkan kerjaya, pangkat, gaji, harta, pelajaran, taraf hidup dan sebagainya. Persaingan sesame organisasi pula melibatkan asset, pulangan, keuntungan, produk dan lain-lain. Adakah persaingan seperti ini yang dituntu oleh Islam.
Islam memandang mulia persaingan dalam mengerjakan kebaikan demi mengharapkan keredhaan Allah. Persaingan ini boleh menjadi pendorong kepada manusia untuk beribadah kepada Allah dan melakukan kebaikan. Firman Allah yang bermaksud : “ maka berlumba lumbalah kamu ( dalam membuat ) kebaikan”. ( surah al baqarah 2: 148 )

Menjauhi Persaingan Yang “Sakit”
Golongan manusia yang malas dan dungu tidak berminat untuk menyaingi kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, sebaliknya mereka lebih selesa menunggu sahaja limpahan anugerah daripada Allah s.w.t tanpa sebarang usaha untuk mempertingkatkan produktiviti diri. Kadang kala mereka digerak akan oleh niat dan usaha jahat untuk melakukan tipu daya terhadap orang yang menerima nikmat dan rezeki yang lebih daripadanya.
Jika berlaku persaingan sesama jiran tetangga dalam mengumpul harta benda, maka timbullah rasa iri hati, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya. Perkara lebih teruk yang mungkin berlaku daripada persaingan itu ialah kesanggupan untuk berhutang keliling pinggan untuk bersaing. Inilah antara persaingan yang ditegah dalam Islam sebagaimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : “janganlah kamu suka mendengar ( isu atau sepertinya ), mencari cari aib orang lain, saling bersaing  ( bukan dalam urusan kebaikan atau akhirat ), saling mendengki, saling membenci, saling membelakangi dan jadilah hamba hamba Allah yang bersaudara”. (riwayat muslim)

Persaingan Yang Mulia
Islam memang menggalakkan persaingan dalam melakukan amal kebajikan amal kebajikan. Rasa cemburu kepada orang yang lebih alim, warak, kuat beribadah dan berdakwah serta suka berjihad berbanding kita. Disebabkan kelebihan itu, kita ingin menjadi seperti mereka.
Para ulamak mengesyorkan, apabila kita melihat orang lain yang berharta, kita harus membandingkan diri kita dengan orang yang kurang berharta supaya lahir rasa syukur dalam hati. Sebaliknya, dalam persaingan melakukian amal soleh, bandingkan diri kita dengan amalan orang soleh agar timbul keinginan untuk melakukan lebih baik daripada orang itu. Orang yang memiliki martabat yang lebih tinggi dalam amal kebajikan harus dijadikan mentor dan idola supaya kita bersemangat untuk menjadi sepertinya.
Persaingan yang mulia ini menjadi pendorong kepada kita untuk kuat mempertingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kepada Allah s.w.t, seterusnya memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan sesama manusia serta makhluk Allah yang lain.

Persaingan Menuju Akhirat Suatu Prioriti
Skop amal kebajikan ini merangkumi keseluruhan dalam hidup kita seperti ibadah yang melibatkan hubungan kita dengan manusia dan yang terpenting adalah dengan memelihara hubungan kita denga Allah s.w.t. kita harus menumpukan amal kebajikan untuk mengejar akhirat tanpa melupakan hal-hal kebajikan di dunia ini. Keutamaan ditumpukan kepada amal kebajikan akhirat kerana dibimbangi persaingan keduniaan secara berlebihan akan melalaikan kita seperti sabda nabi s.a.w bermaksud :
“maka demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadapmu, akan tetapi aku khuatir andai dibukakan dunia terhadapmu sebagaimana telah dibukakan terhadap umat sebelum kamu, lalu kamu bersaing sebagaimana mereka bersaing dang melalaikan kamu sebagaimana telah melalaikan mereka”. (riwayat al bukhari)

Persaingan yang baik, sihat dan positif mampu melahirkan manusia yang lebih produktif dan cemerlang. Budaya istiqamah dapar diwujudkan dalam sanubari manusia yang inginkan peningkatan dalam amalan dan kehidupan harian mereka.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *