NAMA : LUKMAN BIN MOHD ZULKIFFLI
NO SIRI : 122
MATRIK :14021085
Setiap hari membelek berita
berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak
mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa
sakitnya.
Sudah hari kesepuluh dan serangan
semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk
kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera.
Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor
amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur
sama sekali.
Palestin pula telah terbahagi
kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya
bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan
penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa
lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya
sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau
jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh
membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih,
siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza
dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru,
jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu
‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis
yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat
kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang
tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang
tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"
USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu
atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di
Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
Bantuan tenaga dan diri ;
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan.
Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi
atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
Bantuan Harta : Bagi yang
tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada
badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut
boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak
menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10)
atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar
di bawah 10 celcius di sebelah malam
Bantuan Doa ; Bagi yang
tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang
mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam,
doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong,
pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan
pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
Qunut Nazilah dalam setiap
solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut
tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat
dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar
berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti
sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
Doa semasa sujud dalam
setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
Khatib bacalah doa untuk
Palestin di hujung khutbah Jumaat.
Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
Solat Hajat ; Bagi mereka
yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu
atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
Menyertai Demonstrasi Aman :
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan
masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
Menulis ; Tulislah di blog,
web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah
kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan
kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
Ceramah ; anda mampu
ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah
berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk
ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
Boikot : perkukuhkan boikot
barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan,
petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka.
Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan
Mesir.
TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita
terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita
sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah,
sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik
dan taatinya.
No comments:
Post a Comment