Monday, March 13, 2017

SENI BERBICARA ISLAMI

Nama: Siti Fatimah Azzahra Bt Bahari
No Siri: 004
No Metrik: 15021415
Tajuk: Seni berbicara islami

Celik sahaja mata, mulut kita pun memulakan tugasnya bercakap sehinggalah mata kita terpejam. Bolehkah kita hidup seharian tanpa bercakap, bayangkanlah andai kita duduk berseorangan seharian tanpa dapat berkata-kata.
Bayangkan anda berada dirumah seharian dan sendirian tanpa teman berbicara. Pasti boleh sakit jiwa. Begitulah pentingnya teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata.
Namun kita harus ingat bahawa bercakap ini harus kena pada tempatnya. Kita tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan akibat daripada ungkapan yang kita keluarkan macam kata pepatah melayu, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Islam juga menggariskan supaya kita dapat berbicara dengan baik sebagaimana hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud : “sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baik atau diam”. (riwayat al bukhari)
Jika bicara kita tidak mendatangkan kebaikan, lebih baik kita berdiam diri. Tujuan dan matlamat manusia berbicara atau bercakap perlu jelas. Kesannya harus mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dan bukan sebaliknya. Untuk menjamin wujudnya keharmonian sesama manusia, islam telah menggariskan beberapa syarat untuk kita patuhi sebelum, semasa dan selepas kita berbicara.
Peringatan ini sebgaimana yang dijelaskan dalam firman Allah dalam surah Qaaf ayat 18 yang bermaksud : “tiada suatu ucapanpun melaikan ada di sisinya malaikat pengawas yabg selalu hadir (malaikat raqib dan atid yang mencatat amalan” . (surah Qaaf 50 : 18)

Apabila Berbicara Bercakap Benar
Sebelum perkataan keluar dari mulut kita, kita perlulah berhati hati dan berfikir sebaik baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar. Pepatah melayu juga ada menyebut, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya”. Kewajipan bercakap benar sebagaimana firman Allah s.w.t dalam al quran surah at taubah ayat 119 yang bermaksud : “wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama sama orang yang benar”.
Bercakap harus berpandukan kepada fakta yang benar dan bukanlah pendustaan yang dilemparkan untuk memuaskan hati atau demi kepentingan diri. Maka jadilah kita hamba yang sentiasa bercakap benar.

Perkataan yang Baik
Setiap kebaikan yang kita berikan akan dibalas dengan kebaikan. Oleh sebab itu, ucapkanlah kata-kata yang baik agar sedap orang mendengarnya, kata-kata itu akan dibalas juga dengan kata-kata yang baik. Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, memberikan rangsangan motivasi, menimbulkan semangat dan mengembirakan orang yang mendengarnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatlkannya, maka lakukan dengan ucapan yang bai”. (riwayat al bukhari)
Allah juga menyuruh kita bercakap dengan baik sesama manusia debagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 83 yang bermaksud : “dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”.

Kurangkan Bercakap
Inilah perkara yang amat susah untuk kita praktikkan. Ramai orang tahu bahawa kita hanya bercakap apabila diperlukan sahaja. Realitinya memang sukar untuk kita laksanakan. Mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap, kalau tidak bercakap, terasa tekanan yang amat sangat. Kita harus mencari jalan untuk mendorong hati agar sedikit berbicara. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : “dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian yang paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara” (riwayat al tirmizi)

Jelas dan Terang

Berbicaralah dengan suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan lahan dan tidak tergesa gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar. Ini hanyalah sebahagian daripada adab atau seni berbicara yang dianjurkan dalam Islam. Apabila bebicara, jadikanlah bicara dan setiap lafaz yang terucap itu ibadah. Moga Allah nilai sebagai satu amalan yang membuahkan pahala kerana kata kata yang baik juga satu sedekah. Apabila berkata kata juga selitkanlah masej tauhid. Moga ada manfaatnya buat diri yang sedang berbicara dan orang yang mendengarnya

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *