Monday, March 13, 2017

Pendidikan Dan Kurikulum dalam Tamadun Melayu.

Ditulis oleh : Nik Nur Aisyah  Bt Nik Ibrahim
No. Matrik : 14021224
No. Siri :082

      Pendidikan adalah satu disiplin yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan persekitarannya.  Ia merupakan satu kegiatan terancang dan sistematik bertujuan untuk memantapkan perkembangan jasmani dan rohani dalam menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

         Alam Melayu adalah terdiri daripada negara-negara seperti Malaysia,  Indonesia, Filipina dan Brunei. Dalam bidang pendidikan alam Melayu tidak terkecuali daripada perkembangan pendidikan,walaubagaimanapun,ia mempunyai dasar, institusi dan kokurikulum pendidikan yang tersendiri.

         Pendidikan merupakan persoalan yang dianggap penting dalam mana-mana masyarakat. Ilmu itu sebenarnya pra syarat untuk kemajuan sesebuah masyarakat. Maju mundurnya sesebuah masyarakat itu ada kaitan dengan faktor pendidikan yang diperolehi dalam masyarakat. Pendidikan adalah penentu dalam mempengaruhi jatuh bangunnya tamadun sesebuah masyarakat. Oleh itu, aspek pendidikan amat penting diberi perhatian dalam memastikan kecemerlangan ummah.

    Daripada segi dasar dan matlamat pendidikan dapat dilihat daripada dua sudut iaitu sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, ia merujuk kepada pengaruh Hindu-Buddha. Pendidikan pada zaman tersebut bertujuan untuk mendewa-dewakan golongan pemerintahan dan bangsawan. Kesannya pendidikan lebih dimonopoli oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Dalam kalangan rakyat biasa pendidikan diberi secara tidak formal dimana institusi keluarga memainkan peranan mendidik anak-anak mereka tentang nilai-nilai budaya, adat istiadat, pantang larang serta kemahiran pertukangan. Institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam pendidikan juga dapat dilihat semasa ajaran Hindu-Buddha dan selepas kedatangan Islam. Semasa alam Melayu menganut agama Hindu-Buddha,istana dan karton memainkan peranan sebagai pusat pendidikan secara formal yang banyak dimonopoli oleh golongan kerabat diraja dan bangsawan.
        Banyak juga tertubuhnya sekolah pondok yang dikenali dengan pelbagai nama. Di Tanah Melayu dan Selatan Thai dikenali dengan pondok, di Acheh dipanggil “dayah”, di Minangkabau sebagai surau, di Jawa sebagai pesantran manakala di Sulawesi sebagai pengajian.
          Kurikulum pendidikan adalah berbeza-beza mengikut zaman. Pada zaman Hindu-Buddha,kitab-kitab agama banyak digunakan dalam pendidikan. Pengajaran yang diajar di rumah lebih dikenali dengan pendidikan tidak formal.  Pendidikan formal diajarkan di istana.
       Selepas kedatangan Islam, kurikulum pendidikan lebih menekankan tentang agama iaitu Usuluddin, Fiqh, Tasawuf, Tafsir Al-Quran, Hadis, Bahasa Arab dan kanak-kanak juga diajar lagu Qasidah, sejenis puisi nyanyian bercorak agama. Pendidikan Islam diberi oleh guru-guru yang dibawa dari Arab,Parsi,Turki,dan India. Guru-Guru ini membaca kitab-kitab suci dan murid-muridnya duduk secara halaqah iaitu dalam bulatan. Pada peringkat Universiti pula selain bidang agama, pelajar diajar ilmu perubatan, matematik, kewangan, undang-undang dan ilmu perang.

       Matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut zaman iaitu sebelum Islam dan selepas kedatangan Islam. Malah, institusi dan pusat pendidikan juga adalah berbeza-beza, begitu juga dengan kurikulum pendidikan juga berbeza. Ini menunjukkan pengaruh agama adalah penting dalam perkembangan pendidikan di alam Melayu

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *