Monday, March 13, 2017

pelajari teknik merehatkan minda

Disediakan oleh: che Muhammad firdaus bin che Abdullah
No Matrik: 14021193
No Siri: 093

1-            Dekatkan diri pada alam smulajadi
Dunia ini sangat indah, anda haruslah tahu menikmatinya kerana melalui cara itu anda pasti akan merasa tenang dan santai. Berjalan menyusuri pantai, sungai atau di taman memberikan ketenangan kepada diri anda. Menghias sepasu pokok bunga di dalam rumah juga mendekatkan diri kepada alam semulajadi. Memelihara binatang atau menanm pokok juga membantu anda mengurangkan tekanan.

2-            Belajar untuk melupakan sesuatu
Hidup bukannya tidak adil. Jika anda menanam kata-kata tersebut di minda, anda akan lebih tabah. Sebarang kekecawaan, kesakitan yang dialami adalah sebahagian daripada masa silam hidup dan biarkan ia berlaku. Dekatkan diri kita kepada tuhan dan bertaubat kepadannya dan belajar memaafkan  sesuatu.

3-            Menarik nafas
Bebaskan diri seketika daripada jadual yang ketat serta memenatkan dan tempatkan diri anda di satu tempat yang sunyi. Duduk atau berbaring dengan selesa, tutup mata dan tumpukan perhatian pada pernafasan. Kosongkan minda anda seketika. Fikirkan pada satu tempat yang aman dan damai., biarkan ia terapung dan focus pada pernafasan anda. Anda hanya perlu melakukannya dalam masa beberapa minit setiap hari untuk mendapatkan tahap ketenangan pada diri anda.

4-            Berfikiran positif
Ubah defenisi diri dan lihat kehidupan ini dalam suasana lebih ceria. Semua orang mempunyai perasaan marah, takut atau putus asa tetapi jangan biarkan ia menjadi dominan. Kenal pasti setiap perkara dan jangan terlalu serius terhadap sesuatu perkara , jika menghadapi masalah, tarik nafas dalam-dalam dan mula berehat.
5-            Lakukan senaman

Senaman yang dilakukan walaupun 10 minit mampu mengurangkan tekanan. Contohnya berjalan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Anda juga boleh mencuba aktiviti yang lebih panjang tempoh masanya iaitu 30 minit seperti melakukan aerobik, menaiki basikal, atau berenang. Aktiviti ringan dan kerap dilakukan dapat menggalakkan pengurangan tekanan otak.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *