Nama : Nik Muhamad Hasif Bin Nik Mohd Adib
No Matrik :14021178
No Siri : 123
Telefon bimbit, kereta dan komputer riba apabila dipaparkan
dan diiklankan biasanya menaikkan kemahuan ramai orang untuk memilikinya.
Itu tidak mengapa, kerana telefon bimbit, kereta dan komputer
riba dihasilkan dalam keadaan yang banyak dengan ciri yang sama, harga
yang sama dan kepuasan yang sama. Jika ada yang berminat dengan model
tertentu, dia boleh pergi ke kedai lalu beli. Model atau spesifikasinya
dihasilkan sama. Semua orang boleh beli jika dia teringin
memilikinya.
Tapi wanita tidak begitu!
Wanita apabila kalian memaparkan wajah kalian ke internet
(Facebook contohnya), pasti ramai akan timbul keinginan untuk memiliki kalian.
Masalahnya kalian hanya dihasilkan satu sahaja, bukan berbilang-bilang.
Model dan spesifikasi kalian unik setiap satu. Dan hanya satu orang
sahaja yang boleh memiliki kalian iaitu suami. Selepas kalian dimiliki
suami, kalian tidak boleh lagi dimiliki oleh orang lain. Satu sahaja.
Jika orang lain mahu, sudah tidak boleh, melainkan lelaki yang satu itu
(suami) melepaskannya.
Jadi, samada kalian belum berumahtangga atau sudah
berumahtangga, elakkanlah memaparkan diri (mengiklankan diri) kalian sehingga
ramai yang melihat dan menimbulkan keinginan ramai untuk memiliki. Kerana
kalian hanya merosakkan hati lelaki, mengacau hati mereka dan kadang-kadang
sehingga mengecewakan mereka lantaran diri kalian terhad satu sahaja.
Kalian bukannnya tidak boleh memaparkan wajah.Ianya boleh
kerana ia bukan aurat. Tetapi bukanlah menonjol-nonjolkan diri di
khalayak ramai dan di internet. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah buat
kaum lelaki khasnya. Kawallah diri kalian dan malulah. Kerana malu
itu dari iman.
Kalian bukan telefon bimbit, kereta dan komputer riba!
Kalian wanita yang dimuliakan ALLAH!
No comments:
Post a Comment