Sunday, March 12, 2017

AMALAN JAHILIAH DAN MASYARAKAT KINI


Ditulis Oleh :
Nama: NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL
No Siri: 005

Zaman jahiliah ialah zaman kegelapan atau zaman kebodohan masyarakat arab pada zaman itu. Ianya berlaku kira-kira 500 masehi sebelum kelahiran Nabi Muhmmad S.A.W. Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala  yang bermaksud  jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat.

Beberapa ciri-ciri zaman  jahiliah terutamanya dari segi social, ekonomi, politik, agama dan kepercayaan, dan ilmu pengetahuan. Sebelum kedatangan islam , kota mekah merupakan kawasan yang sangat mundur. Orang arab ketika itu banyak menyembah berhala dan mekah merupakan tempat suci bagi bangsa arab. Kerana ditempat itu banyak dikelilingi berhala-berhala agama mereka. Kejadian ini telah berubah setelah lahirnya Nabi Muhammad S.A.W  yang telah merubah segala persekitaran mekah dan dunia sehingga ke hari ini. Namun, walaubagaimanapun ciri-ciri jahiliah masih diamalkan sehingga ke hari ini. Malahan jahiliah pada masa kini lebih hebat dan dasyat daripada zaman dahulu dan orng zaman sekarang lebih banyak memuaskan nafsu mereka sendiri demi kepentingan sendiri. Contohya seperti dulu arab jahiliah membunuh anak perempuan malah hari ini lebih teruk iaitu membakar dan membuang di merata-rata tempat. Kaum wanita lebih tinggi darjatnya dari kaum lelaki. Berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjangan. Lebih mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat daripadaa meminta kepadaa Allah S.W.T. Kes pembunuhan semakin menjadi-jadi. Anak sanggup mendera dan meninggalkan kedua-kedua ibu bapa mereka. Agama disisihkan demi pangkat dan kuasa. Kebanyakan manusia pada hari ini telahpun kembali pada zaman jahiliah.

Contoh amalan jahiliah masa kini dari segi akidah. Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat. 1 Akidah. Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat.

Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber café dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan media elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya tidak sesuai untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam) akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi. Masjid dibiarkan kosong tanpa penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang tidak berdaya untuk mencari hiburan. Untuk melawan ancaman ini, umat Islam harus kuat dan bersatu padu sama ada dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan ataupun pihak yang berwajib tidak mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat hiburan secara berleluasa. Hanya amalan yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita di akhirat.

Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan.
Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan masyarakat, mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran, kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat.
Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan masyarakat. Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk menegakkan agama Allah. Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak masyarakat, maka masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat dihapuskan.

Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. Mereka tidak ada sistem nilai seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak, berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada lagi adab sopan dan tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini menyebabkan manusia tunduk dengan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus terleka dengan keseronokan dunia

Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba’ telah menjadi nadi dalam kehidupan seharian. Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam


            Terdapat banyak persamaan dalam amalan masyarakat sekarang dengan masyarakat arab jahiliah dahulu.Seolah-olah sejarah tersebut kembali berulang dan menjadi duri dalam daging.Walaupun dalam bentuk budaya yang berbeza, yakni zaman sekarang dan zaman jahiliah,tetapi lingkungan konsep jahiliah masih sama seperti akidah,ibadah,social,akhlak dan ekonomi.Malahan,sebahagian amalan yang dilakukan sekarang lebih teruk daripada zaman arab jahiliah dan sebahagiannya menjadi tanda-tanda kiamat seperti fitnah yang dasyat, lelaki dan perempuan bertukar jantina dan lain-lagi.

Hadis Nabi s.a.w,“ Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-  lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”
Merujuk kepada hadis nabi ini,punca utama kepada amalan jahiliah ini disebabkan kita meninggalkan 2 perkara berat tersebut iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.Selain itu,amalan jahiliah berterusan berlaku kerana masyarakat kita tidak melakukan amar makruf nahi munkar


16 comments:

  1. dari sudut pendidikan x de ke??

    ReplyDelete
  2. Asssalamualaikum , saya seorang student . Izinkan saya copy serba sedikit isi dalam artikel ni ye sebagai assignment utk subjek agama saya . Terima kasih .

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana menulis saya suka karya anda thaniah dia kan saya dunia dan akhirat tau🤲 Amiiin

    ReplyDelete
  4. tolong buat kesan amalan jahiliah terhadap pembangunan negara dan masyarakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengah cari kesan tapi x da

      Delete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *