Sunday, March 12, 2017

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Ditulis Oleh:
Nama: NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL
No Siri: 005



Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan saintifik ini  banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.Aplikasi kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

       Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.

            Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu mengangkat dan memindahkan  barang-barang  berat  untuk  kerja-kerja pertanian atau  memindahkan  hasil-hasil  pertanian. Selain daripada itu, terdapat juga mesin yang dapat membantu  melakukan  kerja-kerja yang sukar seperti membajak tanah, menggemburkan tanah dan menuai hasil tanaman. Semua mesin-mesin ciptaan sains ini mampu  menjimatkan  masa para petani dan juga meningkatkan mutu dan hasil  pengeluaran  tanaman.
                
Sains juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat meningkatkan hasil tanaman. Contohnya : padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih untuk keluasan yang sama. Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi biasa
            Televisyen pula adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai maklumat boleh disampaikan melalui televisyen. Manusia juga boleh mendapatkan maklumat daripada televisyen. Radio juga merupakan alat komunikasi sehala tetapi hanya menggunakan suara sahaja.

            Dalam bidang perubatan, sains membantu mempertingkatkan taraf kesihatan manusia melalui penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan canggih  untuk mengesan dan menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya pada masa kini. Penyakit yang dapat dikesan pada peringkat awal, memberikan peluang yang besar untuk sembuh.

            Stetoskop, termometer dan mesin pengukur tekanan darah( tensimeter ) adalah antara alatan asas yang dicipta oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum. Stetoskop digunakan untuk mengesan ketidaksempurnaan denyutan jantung atau paru-paru. Pengukur tekanan darah digunakan untuk mengukur tekanan darah dan termometer pula untuk mengukur suhu badan.
  

Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan  lebih mudah, cepat dan selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta/diperolehi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *