Monday, March 13, 2017

HUKUM HUDUD!!! RELEVANKAH IA DI MALAYSIA?

Nama: Siti Nabilah Binti Lah Jaafar.
No.Siri:024

 Salam kepada semua... Kali ini kita sentuh sedikit tentang undang-undang Negara... Adakah Hukum Hudud relevan dalam Negara kita yang berbilang kaum ini? Adakah hukum ini adil di mata setiap bangsa dan kaum di Negara ini? Adakah ia dapat dilaksanakan dan dipersetujui oleh setiap kaum dalam Malaysia? Inilah persoalan yang timbul atas beberapa perkara yang terjadi dengan wujudnya idea pemimpin Islam Negara ini untuk melaksanakan undang-undang Islam.


Hukum hudud ini satu undang-undang yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Hukum ini juga telah dijalankan di beberapa Negara islam yang sekarang ini di lihat berjaya dan kadar jenayah mereka juga kurang jika dibandingkan dengan Negara Malaysia… Tetap adakah hukum ini adil dilaksanakan dalam Negara yang pelbagai agama dan kaum?

Kalau kita lihat sendiri perkataan adil itu ialah pertimbangan yang wajar atau berpatutuan, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Kalau kita lihat pula keadilan undang-undang, undang-undang itu dikenakan atau dikuatkuasakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan diantara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa perbezaan warna kulit, bangsa dan agama, juga tanpa dibezakan ketinggian ilmunya…
Keadilan dari segi undang-undang juga bermaksud ia mestilah mendapat persetujuan setiap bangsa kerana sekiranya ada sesetengah pihak tidak bersetuju ia bermaksud tidak adil untuk dijalankan…

Riwayat Bukhari dan Muslim: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: semua kaum adalah dari keturunan Adam dan Adam Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa. Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud: Apa halnya dengan satu kumpulan yang memohon syufaat terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang bangsawan di antara mereka mencuri, maka dia dibiarkan tanpa dihukum, tetapi apabila orang lemah melakukanya, maka ia dikenakan hukuman keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, maka aku akan potong tangannya. Dalam pengurusan undang-undang yang di bawa oleh Rasulullah, Baginda amat tegas dalam sistemnya dan baginda tidak membezakan seseorang itu bila berhadapan dengan undang-undang. Apabila kita balik kembali pada dasar kepelbagaian kaum, adakah hukum hudud boleh diterima untuk dilaksanakan dalam Malaysia? Bagi saya, sebagai umat Islam dan orang melayu, saya menerima baik cadangan hukum hudud ini sebagai undang-undang Negara dan saya rasa ia relevan kepada Negara Islam. Bukan sahaja kepada Islam tetapi ia adil kepada agama dan kaum lain. Tetapi ini hanya pandangan saya sebagai umat Islam yang agama, bangsa dan negara sebagai tunggak utama perjuangan saya... Kita kena ingat bahawa kita kena dapat pandangan ahli anggota negara kita yang wakil kepada kaum lain untuk persoalan yang bangkit tentang hukun hudud ini... Saya juga harap agar isu hukum hudud yang mulia dipandang oleh umat Islam di seluruh dunia ini tidak dijadikan isu politik dan menjadikan ia sebagai satu media dan jalan untuk mendapat kepentingan peribadi semata-mata. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *