NAMA : LUKMAN BIN MOHD ZULKIFFLI
NO SIRI : 122
MATRIK :14021085
(c)
Muhammad Haniff Hassan
Islam
adalah agama yang menganjurkan Muslim agar berpemikiran inovatif, sentiasa
berusaha untuk menghasilkan penemuan-penemuan baru dan berani berusaha untuk memecahkan
apa jua hambatan, samada yang benar atau palsu, bagi tujuan kemajuan.
Lima
hujah dapat dinyatakan bagi menyokong pernyataan di atas.
1.
Islam anjurkan Muslim agar mencapai ihsan dalam semua perkara
Rasulullah
s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam setiap
perkara. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Apabila
menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah salah seorang kamu
menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia menenangkan sembelihannya.” (Riwayat Muslim)
Biasanya,
ihsan dikaitkan dengan sifat kasih sayang.
Sebenarnya
ia juga mempunyai makna berusaha untuk capai kecemerlangan atau melakukan yang
terbaik sebagaimana yang difahami oleh ramai ulama ketika mentafsirkan hadis
ini.
Terdapat
satu hadis lain yang turut memberi makna yang sama bagi ihsan iaitu hadis
mengenai jawapan Rasulullah s.a.w kepada soalan Jibril, “apakah makna ihsan?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah
seakan-akan engkau melihatnya. Jika engkau tidak melihatnya, [rasailah] Dia
melihat engkau.” (Riwayat Muslim)
Hadis
ini bermaksud Muslim hendak berusaha untuk capai tahap ketaatan kepada Allah
taala yang lebih tinggi dari hanya setakat percaya sahaja, iaitu merasa akan
kehadiran Allah taala dengan segala keagunganNya di hadapan matanya atau merasa
Allah sentiasa memerhatikan dirinya.
Para
ulama berpendapat mencapai ihsan dalam ibadah adalah satu kewajiban.
Hal
ini berdasarkan perkataan “kataba” dalam hadis pertama di atas membawa makna
mewajibkan.
Oleh
itu, nilai ihsan yang dianjurkan dalam Islam sepatutnya mencetus semangat
melakukan yang terbaik bagi mencapai hasil yang cemerlang dalam apa jua usaha
seorang Muslim.
Atas
dasar ini juga Muslim tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian ala kadar
sahaja.
Ada
dua aspek berkaitan ihsan pula, a) sentiasa berusaha untuk membaiki kelakonan
dan pencapaian peribadi, dan b) menjadi terbaik berbanding dengan orang lain.
Ihsan
jugalah yang mendasari nasihat para ulama silam, “berusahalah agar hari ini
lebih baik dari semalam dan esok pula lebih baik dari hari ini”. Pernyataan
yang kedua akan disentuh dalam kemudian dalam artikel ini juga.
Semangat
ihsan juga sejajar dengan apa yang Al-Quran sifatkan umat Islam sebagai “umat
terbaik” (Al-Quran Al-Karim, 3:110).
Perlu
difahami juga apabila Al-Quran mensifatkan umat Islam sedemikian, ia juga
bermakna perintah ke atas mereka untuk mencapainya.
2.
Islam anjurkan Muslim bersaing antara satu sama lain dalam melakukan kebaikan
Terdapat
banyak ayat Al-Quran yang berkaitan dengan poin kedua ini, iaitu:
“….Maka
berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan….” (Al-Quran
Al-Karim, 2:148)
“…dan
untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.” (Al-Quran
Al-Karim, 83:26)
“Dan
bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya
seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”
(Al-Quran Al-Karim, 3:133)
Terdapat
juga hadis yang menunjukkan pada erti yang sama, iaitu
“Kalau
sekiranya manusia itu tahu apa yang ada pada azan dan saf pertama (dalam
solat), kemudian tidak mendapat (tempat) melainkan dengan mengundi, nescaya
mereka akan mengundi. Jika mereka tahu kelebihan datang pada awal waktu [ke
masjid], nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Jika mereka tahu apa yang
ada pada solat Isya’ dan Subuh (berjemaah di masjid), nescaya mereka akan
datang walau dengan merangkak!” (Riwayat Al-Nasa’ii)
“Tidak
boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah
anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan
terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut
serta diajarkannya kepada manusia lain.” (Riwayat Muslim)
Inti
kededua hadis di atas menunjukkan anjuran semangat berlumba-lumba dalam
beribadah dan melakukan amal kebaikan.
Lebih
menarik lagi, Muslim diajar bahawa cara yang betul untuk berasa “irihati”
terhadap orang lain ialah dengan memacu diri melakukan yang terbaik dan
mencapai apa yang lebih baik dari orang lain itu, bukan menghancurkannya.
Inilah
inti pati persaingan dan perlumbaan yang sihat yang dikehendaki oleh Islam bagi
memacu kemajuan.
Semangat
seperti ini subur di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w yang mana setiap
seorang dari mereka sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang lain
dalam ibadah dan amal soleh.
Salah
satu cerita yang masyhur dalam hal ini ialah kisah persaingan antara saidina
Umar dan Abu Bakar r.a.
Sebuah
hadis ada melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w membuat pengumuman agar orang
ramai bersedekah bagi membiayai satu misi tentera. Umar r.a pun bercerita,
“pada ketika itu saya mempunyai sebahagian harta. Saya lalu berkata pada diri,
‘Hari ini aku akan berjaya mengatasi Abu Bakar, jika memang aku boleh
menyainginya.’ Aku pun membawa setengah dari hartaku ke Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w lalu bertanya, ‘Apa yang telah kau tinggalkan buat
keluargamu?’ Aku menjawab, ‘Jumlah yang sama.’ Abu Bakar r.a lalu datang
membawa semua harta yang dia ada. Rasulullah s.a.w bertanya padanya, ‘Apa yang
kau tinggalkan buat keluargamu?’ Abu Bakar r.a menjawab, ‘Aku tinggalkan untuk
mereka Allah dan RasulNya.’ Ketika itu aku pun berkata, ‘Aku tidak akan mungkin
mengatasi Abu Bakar dalam segala hal.’” (Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud)
Dalam
sebuah hadis lain pula menceritakan kededua Umar dan Abu Bakar r.a telah
mendengar Rasulullah s.a.w memuji cara bacaan Al-Quran Ibn Mas`ud r.a melalui
sabdanya, “Sesiapa yang mahu membaca Al-Quran sebagaimana ia diwahyukan
hendaklah membacanya seperti bacaan Ibn Um `Abd (Ibn Mas`ud).” Umar r.a pun bersegera
pergi berjumpa Ibn Mas`ud di rumahnya pada waktu malam untuk memberitahu berita
gembira ini kepadanya. Tapi apabila tiba di sana, dia diberitahu bahawa Abu
Bakar r.a telah pun mendahuluinya. Umar r.a lalu berkata, “Jika benarlah dia
telah melakukannya sememangnay dia selalu mendahului kita dalam setiap
kebaikan. Apabila kita cuba bersaing dengannya dalam kebaikan, Abu Bakar
sentiasa menang. (Lihat artikel Competition
in Good Deeds, di islamweb.net)
Sedia
maklum, persaingan dan perlumbaan adalah pemacu kemajuan dan pembangunan dalam
perniagaan dan sejarah tamadun.
Atas
semangat yang sama juga ramai yang telah menceburi bidang baru dan melakukan
penerobosan yang kemudiannya memberi manfaat besar kepada ramai.
3.
Usaha melakukan penerobosan baru sangat digalakkan oleh Islam
Rasulullah
s.a.w bersabda, “Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam
dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya
selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka….” (Riwayat Muslim)
Jika
kita gabungkan maksud hadis ini dengan ketiga poin yang telah dinyatakan di
atas, boleh disimpulkan bahawa Muslim bukan hanya dianjurkan untuk melakukan
kebaikan tapi juga memimpin orang lain melakukannya.
Lebih
dari itu, Muslim dianjurkan untuk membuat penerobosan baru, baik dari segi idea
atau perbuatan yang akan membuka jalan kebaikan yang baru, selama mana ia tidak
jatuh dalam bid`ah yang terlarang oleh agama.
Tiada
sesuatu yang lebih didamba oleh Muslim dari mengharap pahala dari Allah taala
yang akan menjamin hidup yang bahagia di syurga.
Hadis
ini pula memberitahu jalan mencapai harapan itu, iaitu dengan membuat
penerobosan melalui amal kebaikan yang baru, cara baru melakukan kebaikan atau
melalui ciptaan-ciptaan baru yang belum dihasilkan oleh orang sebelum ini.
Hasilnya
dia mendapat pahala dari amal itu dan pahala mereka yang mengikuti jejak
langkahnya dan mereka yang mendapat manfaat dari usahanya itu.
4.
Islam anjurkan Muslim agar meninggalkan warisan yang baik.
Hal
ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w, “Apabila seorang anak Adam mati putuslah
amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada
orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim)
Poin
yang relevan di sini ialah sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.
Memang
apa jua ilmu dan amal soleh yang disampaikan atau lakukan oleh Muslim pasti
akan diberi ganjaran baik.
Tapi
ganjaran lebih besar dijanjikan bagi amal soleh atau ilmu yang belum ada
sepertinya sebelum ini kerana biasanya usaha ini memerlukan idea, usaha dan
azam yang lebih kuat dan manfaatnya pula banyak sebagaimana yang dapat dilihat
pada pelbagai ciptaan-ciptaan baru sepanjang sejarah.
Perkara
ini juga sejajar dengan semangat ihsan dan berlumba-lumba untuk kebaikan yang
dinyatakan sebelum ini.
Selain
itu, usaha-usaha yang menerobosi bidang baru juga lebih diingati manusia
sepanjang sejarah dan ini pula menjadi sumber kebaikan tambahan bagi Muslim,
iaitu kenangan orang ramai pada jasa dan kebaikannya boleh menatijahkan doa
baginya sepanjang sejarah.
5.
Islam anjurkan nilai itqan (ketekunan).
Rasulullah
s.a.w bersabda, “Allah suka kepada seseorang, apabila dia melaksanakan kerja,
dia memperelokkan kerjanya (itqan).” (Riwayat Al-Tabrani)
Boleh
disimpulkan bahawa itqan adalah saudara kembar bagi ihsan.
Setiap
satu adalah entiti berbeza tapi mempunyai kaitan yang erat.
Ihsan
(mencapai kecemerlangan) tidak wujud tanpa itqan (ketekunan).
Salah
satu manifestasi ihsan pula ialah melakukan sesuatu dengan itqan.
Itqan,
antara lain, menuntut Muslim untuk bertanya, “Apakah yang belum dilakukan
lagi?”, “Apa yang memerlukan pembaikan atau perubahan?”, “Adakah cara yang
berbeza dari cara yang sedia ada?”, supaya dia tidak hanya mengulang-ulang
perkara yang sama atau menjadi pak turut sahaja.
Penutup
Walaupun
memiliki kelima-lima nilai yang dinyatakan di atas adalah penting tapi kejayaan
bukan hanya dicapai hanya dengan nilai yang baik dalam diri.
Muslim
juga perlu ada kemahiran dan ilmu yang betul untuk mencerna idea-idea yang
inovatif, berjaya melakukan penerobosan baru atau memecahkan hambatan-hambatan
benar atau dinding kaca.
Ilmu
dan kemahiran ini pula haruslah relevan dan khusus dengan perkara yang ingin
dilakukan atau bidang yang ingin diterokai.
Dalam
hal ini, perlulah difahami, bahawa kebanyakan ilmu dan kemahiran ini tidak
diperolehi hanya melalui ilmu-ilmu agama sahaja, walaupun ia adalah penting.
Perluasan
ilmu dalam bidang pengajian perniagaan juga amat bermanfaat kerana ia
mengandungi banyak idea dan peranti bagi menjana idea-idea yang kreatif dan
inovatif.
Bagi
mempraktikkan perkara ini, adalah elok bagi seorang Muslim untuk turut membaca
kisah dan sejarah mereka yang telah berjaya dengan idea-idea inovatif dan
pelbagai penerobosan baru dan bermanfaat, tidak kira samada dari kalangan Muslim
atau bukan Muslim
No comments:
Post a Comment