Monday, March 13, 2017

KEWANGAN ISLAM

Nama; Siti Aisyah Binti Mohamed Razali
No siri: 094
No. matrik : 15021332

Sistem dan prinsip pmuamalat adalah sebahagian daripada ilmu fiqh dan tuntutan agama islam untuk mengatur kehidupan manusia. Prinsip-prinsip syariah yang bersumberkan al-quran dan sunnah menjadi rujukan utama dalam menterjemahkan kehendak dan keperluan manusia yang berubah mengikut peredaran masa dan situasi.dalam konteks meraikan kehendak dan keperluan semasa berkaitan muamalat, syariah sama sekali tidak menyulitkan keadaan dengn hanya merujuk kepada teks al-quran dan sunnah, terpisah daripada kefahaman konteks dan maqasidnya.
Objektif terbesar dalam pengamalan muamalat dan sistem kewangan islam adalah untuk memelihara agama islam itu sendiri. Tidak semestinya penjagaan agama itu akan datang dalam bentuk yang disokong oleh data-data perangkaan ekonomi. Sistem muamalat islam yang mula diperkenalkan di Malaysia yang bermula secara formal pada tahun 1983 telah membuka mata dan memberi alternatif kepada umat islam dalam memilih urusan transaksi yang patuh syariah demi menjaga agama.
Kemampuan industri kewangan islam hari ini mnecipta nama dalam sector kewangan dunia Berjaya mencapai maqasid mempopularkan ilmu islam sehingga ilmu halal haram yang melibatkan konsep gharar, riba dan sebagainya di sebut di sekian banyak persidangan besar di seluruh dunia. Termasuk institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Institusi pengajian tinggi yang menyediakan kursus dalam bidng muamalat islam juga bertambah seara drastik sama ada di Negara islam mahupun bukan islam.
Dengan ini jelaslah bahawa pensyariatan ilmu muamalat islam hadir dengan objektif memelihara kesucian agama islam melebihiperkara-perkara lain. Penjagaan terhadap agama merupakan perkara yang paling berbanding yang lain. Malah jika aspek ini sahaja yang Berjaya dicapai berbanding yang lain itu juga sudah memadai disebabkan kepentingannya yang tetinggi itu.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *