Monday, March 13, 2017

Politik dan Kenegaraan Islam

Ditulis oleh : Nik Nur Aisyah Bt Nik Ibrahim
No. Matrik : 14021224
No. Siri : 082

    Islam merupakan suatu sistem yang tersendiri, pemerintahannya menyentuh setiap aspek kehidupan umat manusia, spritual, moral, sosial, politik, ekonomi dan juga undang-undang. Dengan itu, Islam adalah suatu sistem yang komprehensif yang tidak membezakan negara adalah “untuk menciptakan keadaan yang membolehkan rakyat dapat mencapai keinginan masing-masing secara maksima” .

       Dalam pandangan para sarjana Islam, Islam datang dengan tujuan untuk memperbaiki keimanan (aqidah) dan akhlak umat mencapai kebahagian dan kedamaian serta keadilan mutlak bagi umat manusia. Demi merialisasikan tujuan tersebut,  Islam mewujudkan institusi negara. Memandangkan manusia dalam Islam dianggap pemegang amanah Allah untuk mengurus kerajaan bumi, maka negara dianggap sebagai alat dan jalan untuk pengurusan itu tadi, iaitu keadilan dan kemakmuran bagi umat manusia. Dengan cara yang lebih singkat Profesor Fazlur Rahman berkata “tujuan penciptaan suatu negara adalah untuk memelihara perlaksanaan undang-undang dan ketertiban demi kesejahteraan bersama”.

       Menurut Abu ‘Ala al-Maududi dengan berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w tujuan penubuhan negara dalam Islam adalah antaranya untuk mengelakkan eksploitasi antara manusia, antara kelompok atau kelas dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, untuk memelihara kebebasan (ekonomi, politik, pendidikan, dan agama) dan melindungi seluruh warga negara daripada penceroboh asing. Malah, ia juga untuk menegakkan sistem keadilan sosial yang seimbang sebagaimana dikehendaki oleh al-Quran. Di samping itu, ia menjadikan negara sebagai tempat tinggal yang aman damai bagi setiap warga negara dengan jalan melaksanakan hukum diskriminasi. Seterusnya, ia untuk membanteras setiap kejahatan dan mendorong setiap kebajikan dengan tegas seperti yang telah digariskan dalam al-Quran.
        Secara lebih terperinci boleh dikatakan bahawa terdapat dua matlamat yang saling bantu-membantu bagi penubuhan penerintahan dalam sesebuah negara Islam. Ia bertujuan untuk membentuk keimanan (ad-din) serta menjaga kepentingan rakyat yang meliputi pengekalan terhadap kehidupan,penakulan, kemuliaan, kekayaan dan juga agama, serta kesemua nilai yang tersebut harus dipertahankan mengikut prinsip-prinsip Islam.
      Pembentukan keimanan adalah perkara asas yang mesti dilakukan oleh negara Islam. Ini adalah sesuatu yang membezakan sistem Islam daripada sistem yang lain, dimana ia akan menyebabkan orang bukan Islam tidak dapat memahami perbezaan negara Islam dan negara sekular.

        Kesimpulannya, tujuan agama Islam adalah sama dengan tujuan Islam itu sendiri. Bukan sekadar mewujudkan keamanan, suasana damai, melindungi keselamatan rakyat dan menentang pencerobohan musuh dari luar tetapi yang terutama ialah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *