Monday, March 13, 2017

SYUKUR DAN SABAR ITU INDAH ..

Ditulis oleh : Nurul Ain Amanina Binti Abdul Rahim
No matrik: 14021144 | No siri : 075
Firman -Nya : setiap yang bernyawa akan berasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami” surah al anbiya;35

    Sesetengah indivudu bersikap redha dan terbuka saat diri diuji Allah swt, ada juga yang hanya dibibirnya. Namun, alangkah baik jika kita sering mengingatkan diri bahawa dunia ini medan ujian untuk sekalian jin dan manusia.

     Ujian kesenangan dan kesusahan terangkum dalam keimanan terhadap rukun iman yang keenam iaitu keimanan terhadap al-Qadar. Apabila Jibrail AS bertanya kepada Nabi Muhammad saw perihal iman, Baginda saw menjawab dengan bersabda: “ Kamu beriman dengan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman dengan al-Qadar (ketentuan) yang baik (kesenagan) dan juga yang buruk (kesusahan). (riwayat muslim, kitab al-Iman bab Bayan al-iman wal islam wal Ihsan wal Iman bil Qadar, no.8)

SUKUR DAN  SABAR
     Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Amat ajaib keadaan seorang mukmin, sesungguhnya semua keadaannya baik belaka. Ini tidak berlaku kecuali kepada seorang mukmin.sekiranya dia dikurniakan kesenangan dia akan bersyukur dan ini baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan pula dia akan bersabar dan ini juga baik untuknya. “(riwayat muslim , kitab al Zuhd wal Raqa’iq bab al Mukmin Amruhu kulluhu khair,no 5318)

     Pendakwah,Dr Fadlan Mohd Othman berpandangan, islam menyediakan pelbagai pedoman, panduan dan tip untuk manusia berjaya. Tip utama untuk berjaya dan unggul dalam menghadapi kesenagan dan kesusahan ialah syukur dan sabar.
    “ Muslim yang dapat menerapkan syukur dan sabar dalam jiwanya pasti akan  menjadi insan yang sentiasa seimbang dalam kehidupannya. Hatinya tenang dan jiwanya senang dalam melayan ketentuan Ilahi terhadapnya. Jika ditimpa kesenangan dia bersyukur dan jika ditimpa kesusahan dia bersabar.

     Syukur dan sabar inilah yang membezakan insan muslim berbeza dengan insan kafir. Segala kesenangan hidup akan diterimanya dengan kesyukuran. Segala kesusahan hidup pula akan dihadapi dengan penuh kesabaran. Jika ini dapat diterap dalam hidup insan muslim, pastinya dia akan sentiasa redha terhadap ujian hidup ini yang merangkumi kesenangan dan kesusahan.” Ulasnya yang juga Presiden Gasma (Gabungan Ahli Sunnah Malaysia)
     Kata beliau lagi, seseorang itu perlu memahami bahawa kenaikan  harga barang baru-baru ini misalnya, adalah sebahagian daripada bentuk kesusahan dan musibah yang telah dijelaskan Allah, sebagai merangkumi lima perkara, iaitu ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, kekurangan jiwa dan kekurangan tanaman.
     Sepertimana firman Allah swt yang bermaksud ; Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (surah al-Baqarah:155 &156)


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *