Monday, March 13, 2017

DAKWAH

Nama; Siti Aisyah Binti Mohamed Razali
No siri: 094
No. matrik : 15021332

Mukmin wujud bagaikan sekujur tubuh manusia yang sempurna dan kukuh. Setiap kekuatan yang ada padanya saling menambah pada kukuhnya tubuh itu. Setiap anggota tubuh akan mempunyai kepekaan terhadap perkara yang berlakupada anggota tubuh yang lainnya.   Paksi utama untuk mencapai tujuan diatas adalah amar makruf dan nahi mungkar. Sikap ini merupakan peranan asas bagi setiap mukmin yang sejati. Tanggungjawab yang paling minimum bagi seseorang mukmin itu dalam amar makruf dan nahi mungkar adalah terhadap keluarga. Oleh sebab itu seorang mukmin itu harus memulakan langkah ini dengan memilih calon pendamping hidup dan seterusnya membentuk sebuah keluarga.
Memberikan kesetiaan kepada Allah SWT dan Rasulullah sesama mukmin dan bukannya kepada individu yang tertentu lebih-lebih lagi yang mengarah kepada penyimpangan daripada akidah islamik. Menjadi satu bencana apabila dakwah melahirkan kesetiaan kepada individu atau golongn yang tertentu yang akhirnya mendakwa dirinya sahaja yang layak di mahagurukan dan segala kata-kata dan tindak-tanduknya sahaja yang betul dan menepati kebenaran.
Untuk mewujudkan kasih sayang dan persaudaraan islam, para daie hendakalh menari persamaan dan bukannya perbezaan. Terdapat banyak perbezaan dalam kalangan umat islam namun ianya bukanlah satu sikap yang bijak untuk memperbesarkan perbezaan tesebut melebihi kadar yang sepatutnya. Namun ia berbeza apabila perbezaan tersebut berkaitan dengan masalah yang asasi seperti masalah akidah atau masalah yang menjadi ijmak utama. Dalam hal-hal yang dianggap perbezaan yang tiada prinsip bukan bermakna pintu perbahasan dan kajian tertutup. Syaratnya hal tersebut dilakukan secara ilmiah dengan hati yang ikhlas dan bukannya mencari kemenangan atau menunjukkan kebencian dan permusuhan.
Para daie dituntut untuk menanam, memelihara dasn membimbing potensi umat islam kerana mereka memiliki banyak potensi. Masalah yang menghalang mereka adalah untuk membudayakan potensi tersebut. Para pendakahlah yang bertanggungjawab untuk tugas tersebut. Membangunkan kembali kaum mukmin agar menjadi satu bukanlah perkara yang mudah tetapi ia tidak juga mustahil. Jika diantara kita belum mampu untuk menyelesaikan masalah jadi janganlah menjadi sebab atau penambah beban kepada perkara tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *