Monday, March 13, 2017

QANA’AH DAN SYUKUR KUNCI KEBERKATAN

DITULIS OLEH
NAMA PENUH : NOOR SA’ADAH BINTI OMAR
NO SIRI : 018
NO MATRIK : 14021123

Menurut bahasa qanaah bermaksud merasa cukup. Menurut Istilah qanaah bererti merasa cukup atas apa yang telah dikurniakan Allah SWT kepada kita sehingga mampu menjauhkan diri dari sifat tamak, sifat tersebut berdasarkan pemahaman bahawa rezeki yang kita dapatkan sudah menjadi ketentuan Allah SWT.

Setiap apa yang kita terima dari Allah SWT merupakan kurniaan yang tidak terhingga. Oleh karena itu, sebagai umat Islam kita wajib bersyukur kepada-Nya.
Bersyukur (berterima kasih), kepada sesama manusia lebih cenderung kepada menunjukkan perasaan senang menghargai. Adapun bersyukur kepada Allah lebih cenderung kepada pengakuan bahawa semua kenikmatan adalah pemberian dari Allah. Inilah yang disebut sebagai syukur. Lawan kata dari syukur nikmat adalah kufur nikmat, iaitu mengingkari bahawa kenikmatan bukan diberikan oleh Allah. Kufur nikmat berpotensi merosak keimanan.

Bersyukur kepada Allah adalah salah satu konsep yang secara prinsip ditegaskan di dalam Al-Qur'an pada hampir 70 ayat. Perumpamaan dari orang yang bersyukur dan kufur diberikan dan keadaan mereka di akhirat digambarkan. Alasan kenapa begitu pentingnya bersyukur kepada Allah adalah fungsinya sebagai indikator keimanan dan pengakuan atas keesaan Allah. Dalam salah satu ayat, bersyukur digambarkan sebagai penganutan tunggal kepada Allah:
“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah”. (Al-Baqarah: 172)
Petikan di atas penulis ambil dalam laman sesawang selaras.web44.net/berterimakasih.php sebagai rujukan.

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ}
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”. (Al-Munafiqun: 9)
Ayat di atas menerangkan kepada bahawa kita jangan lah sesekali lalai dengan harta yang dianugerahkan kepada kita. Hal ini kerana miskin, kaya, sihat, sakit, lapang, sempit, ini semua adalah ujian dari Allah. Harta sekiranya dibelanjakan, diinfakkan ke jalan yang benar, bolah membawa kita ke dalam syurga Allah, jika digunakan pada jalan yang salah maka sebaliknya yang kita dapat.

Oleh itu, kita hendaklah qanaah dan bersyukur atas sesuatu kurniaan kerana di situ ada keberkatannya. Hati, minda kita akan tenang kerana kita bersyukur dengan apa kita ada. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *