Sunday, March 12, 2017

BERFIKIR TUNTUTAN KECEMERLANGAN

WAN SHAHIDA BINTI WAN RAZALI
NO.MATRIK:14021167
NO.SIRI:038

           Perbezaan ketara antara manusia berbanding dengan haiwan ialah manusia mempunyai akal.Akal berada dalam dua bentuk,yakni secara fizikal yang dinamai otak dan secara rohani disebut minda atau fikiran.Akal dalam bentuk otak tidak ada bezanya daripada yang dimiliki oleh haiwan yang berperanan untuk mengkoordinasi fungsi organ badan dan tindak balas spontan berdasarkan kebiasaan.
      Fungsi terpenting akal adalah dalam bentuk fikiran yang membolehkan manusia berfikir setiap perkara yang dilakukan,dilihat,dan didengar agar mencapai matlamat untuk mendapat kebaikan dan mengelakkan perkara buruk.Pemikiran merupakan aktiviti Psikologi dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
    Berfikir memerlukan gerakan minda untuk mencetuskan sesuatu dalam fikiran.Oleh itu,proses ini disebut daya berfikir,yakni kekuatan yang diperlukan untuk menghasilkan keputusan hasil berfikir itu.Berfikir berlainan daripada ingatan,walaupun kedua-duanya berpunca daripada otak.Ingatan lahir daripada apa-apa yang disimpan di otak.Berfikir pula bertujuan mencetuskan perkara baharu.
    Berfikir memerlukan kemahiran.Kemahiran berfikir ialah kecekapan dalam menggunakan akal bagi menjalankan proses pemikiran seseorang untuk menyusun maklumat,konsep,atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *