Sunday, March 12, 2017

MEMARTABATKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA

WAN SHAHIDA BINTI WAN RAZALI
NO.MATRIK:14021167
NO.SIRI:038
  
             Dalam masyarakat Malaysia,individu istimewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza daripada individu atau orang lain yang normal.Dalam erti kata lain,individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau tidak memiliki keupayaan secara normal seperti inividu normal.Atas sebab ini jugalah,mereka digolongkan dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) atau orang kelainan upaya.
         Golongan OKU ialah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak sama rata dan tidak sesekali dilihat sebagai golongan yang lemah.Secara ringkasnya,individu dengan ketidakupayaan didefinisikan sebagai kategori individu yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran,emosi dan tingkah laku,masalah pendengaran atau penglihatan,masalah bahasa dan komunikasi,masalah fizikal dan kesihatan,autisme,pintar cerdas atau berbakat,dan juga masalah yang berkaitan dengan fungsi kognitif.Berdasarkan definisi tersebut,terdapat pelbagai kategori OKU dan pengelasan mereka berdasarkan pada kelainan dalam keupayaan atau ketidakupayaan mereka.
       Definisi OKU digunakan untuk menggambarkan kelainan upaya seseorang itu sebagai individu dengan keupayaan tertentu dan mereka itu amat berbeza ataupun lebih hebat daripada individu yang normal.

     Namun begitu,mereka itu tetap individu yang memiliki hak dan keperluan yang sama,seperti yang dimiliki oleh individu yang normal.Mereka berhak untuk hidup secara sihat dan berhak untuk belajar,berkerjaya dan berkeluarga,sama seperti individu lain

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *