NAMA:WAN SHAHIDA BINTI WAN RAZALI
NO.MATRIK:14021167
NO.SIRI:038
Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan arus kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia.Cowgill mentakrifkan modenisasi sebagai transformasi masyarakat kepada teknologi dan mengubah pandangan Tradisional ke arah kemajuan yang menekankan aspek kecekapan dan kemajuan individu dan anggota masyarakat.Modenisasi juga merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada umumnya.Modenisasi merangkumi semua aspek dalam kehidupan malaysia dan merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kemajuan atau proses perubahan.Namun begitu,arus kemodenan dunia hari ini bukan sahaja membawa perubahan kepada kecanggihan teknologi,tetapi turut membawa perubahan budaya yang menjejaskan kehidupan terutamanya kepada golongan muda.
Sungguhpun modenisasi menghasilkan individu dan masyarakat yang berdaya saing dan maju,kesan yang tidak mampu dinilai dengan mata kasar kita juga yang tidak kurang hebatnya.Proses modenisasi tidak dapat dipisahkan daripada transformasi yang menyebabkan wujud dua budaya yang saling bercanggah.Keadaan ini berlaku kerana kemodenan menjadi salah satu platform yang mampu mengubah gaya hidup anak muda yang dahulunya bersifat tradisional kepada kehidupan yang lebih maju sehingga membawa krisis perkembangan dalam diri mereka.Hal ini dikatakan demikian kerana adanya dua budaya moden yang saling bercanggah daripada budaya tradisi kepada budaya moden yang menyebabkan anak muda mula membentuk budaya dan dunia mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment