Sunday, March 12, 2017

MELESTARIKAN PERMAINAN TRADISIONAL WARISAN NEGARA

NAMA:WAN SHAHIDA BINTI WAN RAZALI
NO.MATRIK:14021167
NO.SIRI:038 
       
           Permainan Tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat Tradisional,iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oeh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu.Permainan Tradisional juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam yang berkisar di serambi,laman rumah,dan tanah yang lapang dan tidak memerlukan kos belanja yang mahal untuk berkongsi keriangan dan keseronokan.Ekoran daripada itu,permainan Tradisional kini semakin dilupakan,namun masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan untuk terus diwujudkan,sekali gus mengembalikan kenangan atau nostalgia yang dapat dikaitkan dengan simbol 
warisan budaya.
        Permainan Tradisional kini tidak lagi menjadi pilihan khususnya kepada generasi muda setelah terdedah kepada kepesatan teknologi dengan pelbagai aplikasi permainan alam maya yang seolah-olah telah mengubah keseluruhan cara hidup masyarakat.Jika dahulu kanak-kanak banyak menghabiskan petang mereka dengan pelbagai jenis permainan yang memerlukan pergerakan fizikal dan menguji minda,kini golongan itu lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer untuk bermain permainan video.Zaman kanak-kanak yang dilalui oleh generasi kini juga berbeza keseluruhannya apabila gelak tawa bersama rakan-rakan digantikan dengan peralatan elektronik yang canggih berbanding rakan seusia mereka.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *