NAMA
: NUR IFFAH NADIAH BINTI SUHAILI
NO.
MATRIK : 14021254
NO.
SIRI : 048
ISLAM menetapkan tujuan kehadirannya adalah untuk memelihara agama,
jiwa, akal, kesihatan dan harta benda umat manusia. Manusia yang sihat ialah
manusia yang sejahtera serta seimbang jasmani dan rohaninya dan sentiasa aktif.
Dengan kesihatan, manusia dapat meningkatkan kualiti hidupnya semaksima yang
mungkin dan dapat meningkatkan pengabdiannya kepada Allah s.w.t serta sesama
manusia.
Agama amat menekankan kepentingan penjagaan kesihatan serta
pencegahan sesuatu penyakit. Malah kita diberikan petunjuk oleh Rasulullah
s.a.w, supaya apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah segera
mengubatinya kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula
ubatnya. Dalam usaha mengekalkan dan menjaga kesihatan, ia bukan hanya dilihat
sebagai urusan perseorangan atau keluarga tetapi yang ditekankan juga ialah
kepentingan pencegahan penyakit.
Justeru dalam konteks penjagaan kesihatan, antara aspek penting
yang diunjurkan oleh al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w dimulai dengan
meletakkan prinsip pencegahan lebih baik daripada mengubati. Di samping itu
manusia yang menjaga kebersihan amat dicintai oleh Allah s.w.t kerana ia akan menjurus kepada kesihatan
fizikal.
Sesungguhnya Allah s.w.t senang kepada manusia yang bertaubat dan
senang kepada orang yang membersihkan diri. (Surah al-Baqarah: 22).
Dalam kandungan al-Quran surah al-Muddafstsir ayat 4 hingga 5 juga
menyaran kita membersihkan pakaian dan meninggalkan segala macam kekotoran. Ini
dikuatkan lagi dengan satu hadis yang amat kukuh mengenai kebersihan. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kebersihan adalah sebahagian dari iman.”
Beberapa contoh pencegahan serta pengamalan menyarankan agar kita
menutupi hidangan, mencuci tangan sebelum makan, memberus gigi, larangan
bernafas ketika minum, tidak membuang air di tempat yang tidak mengalir atau di
bawah pohon. Terdapat banyak contoh dan praktik yang dituntut agama dalam
konteks menjaga kesihatan.
Bahkan sebelum dunia mengenal erti perkataan kuarantin, Rasulullah
s.a.w terlebih dulu menetapkan cara pencegahan atau menghindari wabak penyakit
dalam sabdanya yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar adanya wabak di suatu daerah, janganlah mengunjungi
daerah tersebut, tetapi apabila kamu berada di daerah itu, janganlah
meninggalkannya.
No comments:
Post a Comment