Saturday, March 11, 2017

OPTIMUM PENGGUNAAN FILEM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH


NAMA : NUR IFFAH NADIAH BINTI SUHAILI
NO. MATRIK : 14021254
NO. SIRI : 048

Medium_DakwahMedium_Dakwah Kepesatan pembangunan teknologi tidak patut dipinggirkan, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu kelebihan dalam usaha memperkasa dan memperluaskan lagi skop gerakan dakwah masa kini. Kombinasi antara keduanya itu mampu menjadikan usaha penyampaian risalah Allah SWT kepada khalayak umum menjadi lebih cepat, tepat dan berkesan.

Antara teknologi yang menjadi tumpuan utama hari ini adalah bidang perfileman. Filem boleh dijadikan sebagai salah satu medium dakwah asalkan ia mempunyai tujuan untuk berdakwah. Hal ini sangat sesuai kerana filem mempunyai pengaruh yang kuat untuk menguasai emosi penonton kerana ia disajikan dalam bentuk penglihatan (al-basar) dan pendengaran (al-sam‘). Melalui penglihatan dan pendengaran inilah para penonton (mad‘u) dapat menghayati serta mendalami secara langsung nilai-nilai, sama ada nilai positif atau negatif yang terkandung dalam sesuatu filem.

Selain filem hadir dalam bentuk penglihatan dan pendengaran, filem juga dapat memberikan pengalaman-pengalaman baharu kepada para penonton, seperti wujudnya sentuhan perasaan dan pemikiran. Filem dapat memberikan pengaruh yang cukup besar kepada jiwa manusia ketika menonton sehinggakan para penonton menyamakan dirinya atau meniru dengan salah seorang watak pelakon dalam filem yang ditontonnya. Jelaslah bahawa filem bukan sahaja sebagai medium komunikasi yang ampuh dan untuk hiburan semata-mata, tetapi juga mampu dijadikan sebagai alat untuk para pendakwah menyampaikan mesej-mesej dakwah mereka.
Pengaruh Buruk Filem Barat

Tidak dinafikan, antara punca keruntuhan akhlak dan moral khususnya remaja hari ini adalah disebabkan pengaruh filem-filem tertentu terutamanya filem-filem Barat yang banyak mengetengahkan nilai-nilai negatif. Filem-filem ini jelas menyajikan unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai keislaman dan ketimuran. Contohnya terlalu banyak filem Barat yang menayangkan adegan ranjang seperti bercium, berpelukan, membuat hubungan sulit, dan bertukar-tukar pasangan tidur. Tidak kurang juga penayangan filem aksi ganas seperti pergaduhan dan pembunuhan kejam.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *