Saturday, February 25, 2017

Prinsip Berbankan Islam

NAMA    : NORSYAMIMIE ALIA BT ABDULLAH
NO SIRI : 007
INDUSTRI PERBANKAN ISLAM
Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam atau juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang menguasai perbankan Islam ialah saling berkongsi risiko dan keuntungan antara kedua-dua pihak, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga yang dijalankan itu adalah berdasarkan aktiviti perniagaan atau aset asas.
Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, menjana perniagaan dan perdagangan serta menghasilkan pembangunan kemasyarakatan atau manfaat. Aktiviti yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang.
Dengan memanfaatkan pelbagai konsep kewangan Islam seperti ijarah (sewa beli), mudharabah (perkongsian keuntungan) dan musyarakah (perkongsian),institusi perbankan mempunyai fleksibiliti, kreativiti dan pilihan yang lebih banyak dalam menghasilkan produk-produk kewangan Islam. Selain itu, dengan menekankan bahawa keperluan terhadap urus niaga harus disokong oleh aktiviti berkaitan perdagangan atau perniagaan, perbankan Islam menetapkan standard yang lebih tinggi bagi pelaburan dan menggalakkan kebertanggungjawaban dan pengurangan risiko yang lebih besar.
Industri kewangan Islam di Malaysia telah beroperasi lebih daripada 30 tahun yang lalu. Penggubalan Akta Bank Islam 1983 telah membolehkan Bank Islam yang pertama ditubuhkan dan seterusnya lebih banyak institusi kewangan Islam telah ditubuhkan di dalam negara berikutan liberalisasi sistem kewangan Islam.
Pada masa ini, kewangan Islam berkembang pesat di Malaysia, disokong oleh persekitaran yang kondusif yang terkenal dengan inovasi produk berterusan, yang berbagai rangkaian instrumen pelaburan Islam, infrastruktur kewangan yang komprehensif dan menerima pakai amalan terbaik pengawalseliaan dan undang- undang global. Malaysia juga memberikan penekanan yang penting kepada pembangunan modal insan dalam pembangunan industri kewangan Islam bagi memastikan ketersediaan tenaga kerja mahir dalam kewangan Islam. Semua tawaran nilai ini telah mentransformasikan Malaysia menjadi salah satu pasaran perbankan Islam yang paling maju di dunia. kepelbagaian institusi kewangan.
Liberalisasi yang pesat dalam industri kewangan Islam, di samping persekitaran yang memudahkan urusan perniagaan telah mendorong institusi kewangan asing memilih Malaysia untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam. Ini telah dapat memupuk komuniti institusi kewangan tempatan dan antarabangsa yang pelbagai dan semakin besar.
Kini, Malaysia mempunyai sebilangan besar bank Islam sepenuhnya termasuk beberapa entiti milik asing; institusi konvensional yang telah menubuhkan subsidiari Islam dan juga entiti yang menjalankan perniagaan mata wang asing. Semua institusi kewangan diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan dalam ringgit dan bukan ringgit.
Malaysia terus berkembang maju dan akan membangunkan industri ini dengan menggalakkan institusi kewangan asing untuk menubuhkan perniagaan perbankan Islam antarabangsa di Malaysia bagi menjalankan perniagaan mata wang asing.
Institusi kewangan Islam domestik juga boleh memohon untuk menubuhkan Unit Perniagaan Mata Wang Asing (UPMA), iaitu bahagian khusus untuk menjalankan perniagaan mata wang asing. UPMA juga diberikan pelbagai insentif cukai dan keistimewaan yang dapat mengurangkan kos perniagaan dan memudahkan untuk memasuki pasaran perniagaan kewangan Islam dalam mata wang asing.
Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Mengkaji prinsip Syariah
Semua bank Islam dan bank-bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu ,nasihat Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperoleh bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.

Prinsip Syariah di dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba’ (faedah). Di antara konsep-konsep Islam yang selalu digunapakai di dalam perbankan Islam ialah perkongsian untung (Mudharabah), simpanan (Wadiah), usaha sama (Musyarakah), kos tokok (Murabahah) dan sewaan (Ijarah).
Kelebihan Perbankan Islam
1.      Pembahagian dividen berdasarkan keuntungan aktiviti jualbeli.
2.      Penyerahan dan penyaluran dana sesuai dengan syariah Islam yang diawasi oleh badan Pengawal Syariah.
3.      Menjalankan aktiviti jualbeli yang halal saja.
4.      Penentuan kadar purata bagi hasil jualbeli dibuat pada waktu akad dengan berdasarkan pada kemungkinan untung rugi.
5.      Kadar purata bagi hasil jualbeli (sistem muamalah) berdasarkan kepada jumlah keuntungan yang diperolehi.
6.      Perbankan islam tidak ada yang meragukan dari segi sumber keuntungan bagi hasil jualbeli atau perlaburan yang dilakukan
7.      Merangkumi 20% daripada juzuk pasaran perbankan dan insurans dan memberi sumbangan yang berkesan kepada sektor kewangan ekonomi negara.

8.      Diwakili oleh sebilangan IPI dan PT(pengendali takaful) yang kukuh dengan modal yang besar serta menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang lengkap dan komprehensif.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *