Tuesday, February 28, 2017

AIDS DI AKHIRAT LEBIH DASYAT

NAMA : NAJWA HAYATI BT MOHD YUSOFF
NO SIRI : 015

            “ Apabila terjadi pezinaan secara terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang sebelum mereka “ ( Riawayat al-Baihaqi ).

            Melalui hadis ini, kita telah mengetahui punca penyakit AIDS. Ia merupakan bala daripada Allah akibat perzinaan. Islam melihat sesuatu masalah hingga ke akar umbinya. Begitu juga dengan masalah AIDS. Ia juga memerlukan ketajaman mata hati dan pengubatan secara rohani. Para sainstis dan pakar perubatan menjelaskan, AIDS disebabkan oleh serangan sejenis virus yang mengurangkan daya tahan tubuh badan terhadap seangan penyakit-penyakit.
            Namum, perspektif Islam pergi lebIh jauh daripada itu. Virus sebenarnya ialah makhluk yang menyerang manusia tanpa izin Allah. Soalnya, mengapa manusia tertentu menjadi mangsa? Jawabnya, kerana manusia itu melakukan kemungkaran. Kemungkaran itu ialah zina. Mengapa manusia berzina ? sebab dia tidak takut dengan Allah. Maka ini sebenarnya AIDS , tidak takutkan Allah !!

            Oleh sebab itu, cara mencegah penyakit AIDS yang paling tepat adalah dengan menghapuskan segala bentuk penzinaan dan pencetus ke arahnya. Ini boleh dibuat dengan menanam rasa takut kepada Allah dalam hati manusia. Hati perlu diubat mengikut kaedah Rasulullah SAW. Biar hati itu sentiasa berasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah. Manusia yang memiliki hati seperti ini, secara automatic akan menegakkan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya tanpa terlalu bergantung kepada undang-undang luaran. Manusia yang benar-benar beriman tidak perlu ditakutkan dengan AIDS untuk meninggalkan zina !

            Masalah AIDS, kes buang bayi dan anak luar nikah sumbang mahram dan jenayah seks yang lain sepatutnya tidak timbul dalam kalangan umat Islam yang benar-benar menghayati mafhum firman Allah ini: “ Jangan kamu menghampiri zina .” (surah al-Isra 32 )

            Walaupun ayat al-quran itu pendek, tetapi ia mempunyai pengajaran dan panduan yang melaut luasnya. Mencegah lebik baik daripad pengubat. Allah mencegah manusia bukan sahaja daripada berzina, malah menghampirinya pun jangan !

            Perkara-perkara yang termasuk dalam istilah “ menghampiri zina “ termasuklah melihat, mendengar, bergaul dan terlibat secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, menonton cerita atau filem yang bertentangan dengan akhlak Islam, lagu dan nyanyian cinta yang asyik dan melalaikan, membaca atau media Internet yang mengandungi unsur-unsur lucah dan sebagainya.

            Malangnya, perkara-perkara itulah yang sedang subur dalam masyarakat kita. Perkara-perkara “ menghampiri zina “ itulah yang dianggap moden, maju dan trend terkini. Ironinya, kita juga yang memekik, bertempik dan gelisah kerana AIDS.

            Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kita untuk mengatasi masalah AIDS. Galakan menggunakan kondom dengan membelakangkan perintah Allah supaya tidak bergaul bebas samalah seperti menggalakkan zian tetapi mesti “ selamat “ daripada AIDS ! Apakah yang sedang kita tanam dalam fikiran dan jiwa umat Islam, takut akan Allah mahupun AIDS ?

            Kita sepatutnya insaf, penzina-penzina boleh bebas daripada AIDS ( kerana diajar cara-cara mencegahnya ) tetapi mereka tetap tidak dapat melarikan diri daripada seksa Allah di neraka kelak. Seksa AIDS berakhir dengan kematian, tetapi seksa neraka kekal abadi, mana lebih pedih ?

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *