Tuesday, February 28, 2017

KEBANJIRAN DRAMA ADAPTASI NOVEL DAN KELEBIHAN MENJADI PENULIS

Nama:Salmi Suhana Binti Mohamed Noor
No.Matrik:14021152
No.Siri:02

Akhir-akhir ini terdapat banyak drama adaptasi novel yang ditayangkan di televisyen.Biasanya penerbit akan bekerjasama dengan penulis untuk menghasilkan drama adaptasi tersebut.
Beberapa keuntungan seorang penulis :

1. Kebebasan waktu
Kita bebas untuk menulis pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.Apa sahaja idea yang terlintas terus ditulis.Kita boleh menulis di mana-mana sahaja tempat yang tenang yang dapat mencetuskan idea seperti kafe,taman permainan,restoran dan lain-lain lagi.Kita juga boleh menulis pada bila-bila masa yang kita berkelapangan.

2. Tidak perlu mendengar arahan ketua
Kita adalah ketua dan pengarah bagi karya kita.Kitalah yang menentukan sendiri bila karya kita ingin disiapkan.

3. Kepuasan sendiri
 Kepuasan sendiri yang tidak boleh dinilai dengan sesuatu apabila tulisan kita dinaskahkan atau diterbitkan. Hal ini akan memberikan motivasi dan keinginan yang sangat kuat, apatah lagi bagi penulis muda. Jika hasil karyanya sudah dibaca dan dikritik oleh pembaca, maka mereka akan merasakan kepuasan emosi. Mereka akan terus termotivasi untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

4. “Kita akan dicari”.
Sebagai seorang penulis, kita akan dicari oleh pernerbit. Sudah tentu jika kita  mempunyai hasil karya yang layak untuk di pasarkan. Penerbit adalah seorang rakan kongsi bagi seseorang penulis, jangan sesekali berasa takut atau gentar dengan seorang editor dalam penerbitan. Jika tulisan kita belum diterima dan selalu ditolak teruskan berusaha.

5. Dengan menulis kita akan belajar untuk menjadi orang bijak.
 Kengapa? setiap orang yakin dan selalu beranggapan bahawa, setiap penulis mempunyai jiwa dan pemikiran yang lebih idealis, semangat yang kental yang akan mampau meberikan bimbingan dan arahan bagi para penulis lain. Sudah tentu penulis muda, akan melihat kita lebih baik darinya. Melalui penulisan  menjadikan kita lebih positif.

6. Dengan menulis kita sudah menanamkan kebajikan yang akan mendatangkan  pahala dari Allah SWT.
 Pahala itu tentu kita dapatkan dengan motivasi menulis dan karya tulisan yang dapat bermamfaat bagi orang lain, sama ada di dunia dan akhirat. Dan Allah tidak buta dan lupa dalam mencatat setiap susah payah jari kita dengan setiap kebaikan yang kita tulis. Sekali lagi tulislah sesuatu yang bermafaat bagi semua orang.
7. . Memiliki ramai peminat
Penulis akan terkenal dan mempunyai ramai peminat  melalui karya-karyanya setelah membuka “pintunya”, seperti acara wawancara, editor dan orang-orang dalam penerbit yang menerbitkan karyanya, serta orang-orang di sekitarnya.Contohnya seperti penulis novel Melur Jelita dan Siti Rosmizah yang mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri.
8. . Menjana pendapatan lumayan
 Kerjaya sebagai seorang penulis mendatangkan pendapatan yang lumayan. Antara penulis antarabangsa yang berjaya ialah penulis. J.K Rowling.Bagi penulis tempatan pula antaranya Siti Rosmizah.Banyak antara karya-karya beliau yang mendapat tempat dihati pembaca dan diulang cetak sehingga beberapa kali dalam setahun.Terdapat juga beberapa karya beliau yang diadaptasi kedrama.

9. Royalti
 Mengapa royalti ditulis dalam senarai terakhir? Sebuah ungkpan dari seorang penulis mengatakan “jika anda menulis keranana mengaharapakan royalti dari buku anda, lebih baik anda berhenti menulis”. Memag betul pendapat ini mengambarkan menulis bukanlah suatu pekerjaan. Royalti adalah nilai balik dari buku yang kita tulis, berapapun hasil dari tulisan tersebut jika kita mencintai dan ikhlas dan menulis dari  hati kita dan akan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi masalah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *