Monday, February 27, 2017

ELEMEN KEJAYAAN EKONOMI NEGARA

NAMA :   NOR NADZIFAH BT MUHAMAD
NO SIRI : 052
 
          Dewasa ini, memandangkan isu-isu yang melingkari 2016 melibatkan soal pengangguran, kejatuhan nilai ringgit, kejatuhan komoditi minyak dunia dan rusuhan, pasti ini memberi igauan buat rakyat Malaysia untuk berdepan hari mendatang. Hakikatnya, sebahagian besar masalah ekonomi itu berpunca daripada faktor luaran yang memberi impak kepada tukaran mata wang asing dan imbangan perdagangan negara, sekali gus menjejaskan pendapatan negara, dan kesannya dirasai rakyat. Keadaan itu pastinya menuntut tindakan proaktif kerajaan untuk mentadbir urus ekonomi negara dengan baik.

          Kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) yang berlaku sekarang  adalah antara perkara yang hangat dipaparkan di dada akhbar dan media massa. Topik ini bertambah hangat apabila matawang kita jatuh ke paras terendah sejak krisis ekonomi Asia. Begitupun sehingga bila masalah ekonomi ini akan selesai jika rakyat seringkali menjadi mangsa kepada ketidaktentuan ekonomi global akibat krisis Subprima 2006, krisis Euro 2010, Brexit, perang dirantau Arab, dan terkini, pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.

          Sekirannya Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi kukuh dan kurang bergantung kepada komoditi import sudah pasti kita mampu mengurangkan impak secara langsung daripada serangan ekonomi terbabit. Bayangkan negara mempunyai asas komoditi kukuh yang mampu mengatasi import maka sudah pasti kerajaan Malaysia dapat menjimatkan berbilion-bilion ringgit. Selain itu, sudah masanya juga rakyat dinegara ini perlu berdikari dalam mencipta produk tersendiri bagi menjayakan usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.


          Disamping itu, rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama membangunkan ekonomi negara. Lihat sahaja Jepun, negara mereka maju disebabkan hasil kerja keras rakyat dan pekerjanya  yang bermotivasi tinggi membangunkan syarikat. Kini dunia menyaksikan rata-rata teknologi dibangunkan Jepun cukup berpengaruh. Oleh hal demikian, Malaysia juga perlu mengurangkan pergantungan terhadap kepakaran luar khususnya dalam sektor berprofil tinggi.  Malah kita lebih memahami budaya dan sosioekonomi setempat yang akan memudahkan lagi pengurusan dan keputusan dibuat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *