Saturday, March 11, 2017

SENI MUZIK ISLAM


30 JANUARI 2017|OLEH NUSAIBAH SHAFUDIN
Nama : Nusaibah binti Shafudin
No Siri : 055|No Matrik : 14021219

Muzik mampu menghiburkan hati yang duka, merawat jiwa yang lara dan menjadi pengubat kecewa. Begitulah besarnya implikasi muzik dalam mempengaruhi pembentukan emosi seseorang. Namun, saat  menghayati muzik, kita sering terkandas dan terleka dek alunan irama dan lagu yang membuai perasaan.Hiburan adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Misalnya, lagu-lagu berunsur motivasi yang membawa kepada kebaikan mampu memberikan signifikan yang cukup besar untuk pembangunan diri yang positif.
Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid membentangkan kertas kerja Islamisasi Seni Muzik Sebagai Hiburan Alternatif: Satu Analisis Dari Perspektif Pendekatan Dakwah memberi pendekatan berbeza dalam konteks seni muzik.
Islamisasi, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, ialah pembebasan manusia daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu (pembebasan) akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme. Pengaruh sekular yang semakin menular menyebabkan seni muzik yang dinikmati bukan bertujuan mencari ketenangan atau pengabdian kepada Allah s.w.t. tetapi menjadi hiburan yang melalaikan dan mendorong kebebasan daripada kongkongan agama. Akhirnya seni muzik beginilah yang membawa kepada maksiat dan hilang matlamat asalnya.

Ciri-ciri muzik dalam Islam :
Islam tidak mengharamkan muzik secara total,sebaliknya meletakkan ciri-cirinya supaya tidak merosakkan.Antara ciri muzik yang dibenarkan oleh Islam ialah :
-Muzik yang lembut dan berdisiplin
-Tidak mengganggu,seperti pada waktu solat, tidak terlalu kuat pada larut malam dan tidak mengganggu jiran
-Diadakan di tempat yang baik, seperti majlis perkahwinan hari-hari raya dan bukan tempat yang tidak baik pada pandangan islam seperti di kelab-kelab malam, cabaret,bar dan lain lagi.

-Hadirin yang hadir hendaklah berpakaian sopan, tidak bercampur baur antara lelaki dan perempuan dan bergaul bebas,tiada unsur haram dalam majlis tersebut, seperti minum arak, zina,dan adapun tarian yang diharamkan oleh syarak.

1 comment:

  1. asssalammualaikum saya student form 4 nak tumpang tanya,kalau muzik yang jenis electro music mcm dari DJ Alan Walker yang mainkan music sahaja tanpa lirik boleh ke dengar ? selalunya kalau saya dengar music mcm tu ibu saya selalu complaint lagu tu macam lagu disco.

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *