Saturday, March 11, 2017

7 JALAN ZINA


Ditulis oleh: Norfarhana Mat Naib/no.siri:031 


Sesungguhnya Allah s.a.w taala telah berfirman dalam surah al-Isra,ayat 32 yang berbunyi:
“dan jangalah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu perbuatan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.

Jelas ayat ini menegaskan supaya jangan sesekali mendekati zina kerana zina itu akan membawa kerosakan. Allah tidak hanya melarang melakukan perbuatan zina sahaja akan tetapi Allah melarang dari mendekatinya. Ia bermaksud,manusia diperintahkan supaya jangan sampai tergoda untuk melakukan perbuatan yang keji. Setiap perkara yang membawa kepada zina hukumnya haram dan berdosa.

Antara perkara-perkara yang membawa kepada zina bak kata pepatah arab,zina ada tujuh jalan dan semua jalan ini adalah berdosa dan antara tujuh jalan ini lah membawa kepada mendekati zina yang wajib kita elak dan jauhi iaitu pandang-pandang,kemudian senyum-seyum,kemudian memberi salam,kemudian bersembang,kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa,kemudian berzina,kemudian masuk neraka. Apa yang di maksudkan dengan pepatah arab tersebut.

Pertama: Pandang-memandang,jeling-menjeling.Dari pandangan akan timbulnya ketertarikan terhadap pasangan berlawanan jenis dan kerana pandanglah hati masing-masing bergelora dengan buaian cinta palsu yang dicipta oleh iblis.oleh itu manusia hendaklah menudukkan pandangan mereka daripada berlaku pandangan yang membawa kepada nafsu.

Kedua: senyum-senyum. Berbalas senyuman itu tandanya sudah terkena jerat paling hebat yang dipasang syaitan. Tersirat di sebalik senyuman itu debu-debu noda yang tak berpenghujung bila hati sudah dikuasai syaitan, apa lagi yang mampu mengawal gerak tubuh?.
Ketiga: Memberi salam. Apabila mula memberi salam,hye,memperkenalkan diri dan sebagainya ketika itu lah kesempatan setan untuk menghancurkan kita daripada melakukan perbuatan keji sehingga kita lalai dalam melakukan tanggugjawab kita kepada Allah.

Keempat: Bersembang mesra. Seterusnya sesi berintro. Tanya khabar,luah perasaan,ambil berat,bla bla bla..tapi kawan sebilik yang kebuluran tidak pula diperdulikan bermacam-macam alasan diberi demi menghalalkan cara, sembang berkaitan pelajaranlah, nak dapat semangatlah,itu lah ini lah, sebenarnya kita perlu tahu bahawa semua itu adalah berdosa.
Kelima: Bertemu janji. 4 step dah berjaya lepas. Apa lagi, mestilah nak berkenalan lebih rapat. Kononnya si dia caring tuannya.orang putih cakap “ sharing is caring”.
Keenam: Berjumpa. Bila dah bertentangan mata di restoran dah berani keluar shopping berdua-duaan, syaitan pun cucuk-cucuk la sikit. Maka melaratlah sampai “tersentuh” tangan,lepas tu berseloroh “Allah! Batal air sembahyang saya”,naik kereta sama-sama,dan macam-macam lagi.
Ketujuh: Berzina. Bila dah sampai tahap ni, syaitanlah makhluk durjana paling bahagia. Si lelaki bila dah dapat madu, maka sepahnya dibuang. Yang perempuan pula rasa gabra, sebab dara dah takde, perut pula memboyot. Mulalah nak salahkan si lelaki “ tak nak bertanggungjawablah,menipulah, tak setialah”.lepas tu clash.

Inilah 7 jalan zina. Semuanya di kira dosa. Dan segala benda yang dosa, hukumnya haram. Muhasabahlah, dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kita check diri kita, kita akan rasa perasaan seronok dan lain macam bila buat salah satu dari 7 jalan ni. Kan? Itu namanya nafsu!

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *