Saturday, March 11, 2017

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


Ditulis Oleh: Norfarhana bt Mat Naib/no.siri : 31 


Menutut ilmu merupakan hal yang wajib bagi seluruh umat manusia untuk mencari ilmu,tanpa ilmu kehidupan manusia tidak bermakna kerana dengan ilmu manusia dapat memajukan dirinya daripada kejahilan,dengan itu juga manusia dapat mengenal siapa tuhannya dan dengan ilmu lah manusia dapat membentuk diri mereka kearah kebaikan. Di dalam mencari ilmu seseorang pelajar itu mestilah menjaga adabnya semasa belajar supaya keberkatan pada ilmunya tersemai. Ia juga membawa kepada memudahkan mendapat ilmu. Adab-adab yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam menutup ilmu ia mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana niat adalah tonggok utama ibadah. Sebagaimana yang disebut dalam hadis: Dari  Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata:saya mendengar rasulullah shallahualaihi wa sallam bersabda: sesungguhnya setiap perbuatan tergatung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapat keredhaan) Allah dan Rasulnya dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. {Riwayat dua Imam hadits, abu abdullah muhammad bin ismail bin ibrahim bin al mughirah bin bardizbah al bukhari dan al husain, muslim bin al hajjaj bin muslim al qusyairi an naisaaburi di dalam dua kitab shahih}. Niat merupakan syarat layak diterima atau tidak kerana amal perbuatan dan amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat kerana allah taala.

Begitu juga di dalam belajar, niat menuntut ilmu kerana untuk mendapat keredhaan Allah taala adalah yang paling utama sekali yang perlu diletakkan di dalam hati setiap pelajar itu. Ianya  adalah sebagai keikhlasan dan ketakwaan pelajar dalam menutup ilmu, tidak kira apa-apa ilmu yang diceburinya kerana niat untuk mendapat keredhaan allah s.w.t,bukanya niat kerana untuk mendapat habuan dunia semata-mata. Bagi pelajar yang ikhlas niatnya semasa belajar, akan dianugerahkan oleh allah taala kepadanya dengan ilmu pengetahuan. Berkata syeikh ibrahin an –Nakha’i: sesiapa yang menuntup ilmu ikhlas kepada Allah Taala akan mengurniakan kepadanya ilmu yang berhajat dia kepadanya. Niat yang ikhlas di dalam belajar menjadi satu sinar, kearah menerangi mencapai ilmu pengetahuan.
Selain itu, adab pelajar semasa menutup ilmu ia perlulah khusyuk dan kosongkan hati semasa belajar kerana hati yang tenang dan  hati yang kosong dari kesibukan akan memudahkan lagi kefahaman dan mempercepatkan lagi ingatan. Untuk mendapat hati yang khusyuk semasa belajar atau untuk melakukan ibadah kepada Allah seseorang itu perlulah berdoa kepada Allah supaya mendapat hati yang khusyuk sebagaimana Nabi Muhammad yang selalu mengajar umatnya agar meminta kepada Allah Taala hati yang khusyuk, semata-mata kerana banyak keistimewaan  dan kelebihan yang ada pada hati sedemikian.

Selepas itu, kelakuan yang baik juga perlu ada pada seseorang pelajar dalam menutup ilmu. Tetapi pada zaman sekarang kelakuan baik ini kurang di bendung oleh seseorang pelajar tersebut.ada dikalangan mereka berkelakuan kurang sopan terhadap guru mereka apabila guru cuba untuk mendidiknya,kelakuan ini akan membuatkan apa yang kita belajar dari guru kita tidak ada keberkatan kerana untuk mendapat keberkatan dalam belajar adalah menghormati guru.begitu juga apabila berada di kelas pengajian,setiap pelajar mestilah bersikap dengan sikap baik yang menyenangkan bagi semua rakan-rakanya.

Selanjutnya, menghadiri kelas lebih awal sebelum kelas pengajian bermula. Sebagai seorang pelajar mestilah terlebih dahulu menghadiri kelas lebih awal sebelum bermulanya sesi pembelajaran kerana menghadiri kelas yang lebih awal akan mendapat ilmu itu dengan lengkap, apabila lewat menghadiri kelas seorang pelajar itu akan ketinggalan apa yang diajari oleh gurunya.sikap mengadiri kelas yang terlebih awal perlulah di amalkan setiap pelajar dalam menutup ilmu kerana kedatangan lebih awal, akan menyenangkan dan memberi ketenangan kepada pelajar itu sendiri. Malah apabila lebih awal bersedia, tiada keluh kesah dan tergopoh-gapah, yang sepatutnya dihindari oleh pelajar di dalam mendapatkan ilmu.

Sebagai seorang penutup ilmu, ia perlulah mempunyai adab-adab yang baik dalam menutup ilmu kerana adab-adab merupakan akhlak yang perlu ada pada setiap pelajar untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari itu.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *