Saturday, March 11, 2017

SEKIRANYA ANAK ANDA HILANG APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN?


Nama: zanariah bt ibrahim
No.siri : 050
No. Matrik : 15021353

Tempoh 48 jam selepas kehilangan anak anda adalah tempoh paling kritikal untuk mencari dan mengembalikan anak anda dengan selamat ke pangkuan anda. Panduan berikut dapat membantu anda untuk mengesan seta meningkatkan peluang berjumpa semula dengan anak anda. Segera laporkan kehilangan anak anda kepada Pegawai Penyiasat berdekatan. Kemudian, berikan gambar terkini anak anda kepada Pegawai Penyiasat. Berkerjasama dan memberi maklumat yang boleh dikaitkan dengan kehilangan anak anda kepada Pegawai Penyiasat. Maklumkan apakah tindakan yang telah anda ambil untuk mengesan anak anda sebelum datang ke Balai Polis untuk membuat laporan. Nyatakan dengan jelas perkara perkara-perkara yang berikut kepad Pegawai Penyiasat:
-          Pakaian anak anda semasa hilang.
-          Barang-barang persendirian yang dibawa bersama semasa hilang seperti beg,telefon,pakaian yang dibawa bersama kad pengenalan,passport dan lain-lain.
-          menyatakan tanda lahir, parut,tattoo atau perangai berserta gambar yang boleh menunjukkan pengecaman tanda-tanda ini sekiranya ada.
-          Senaraikan kawan-kawan atau kenalan yang boleh membantu memberi maklumat atau petunjuk di mana anak anda berada. Sertakan nombor dan alamat mereka.
-          Beritahu kepada Pegawai Penyiasat sekiranya anda tahu ada sesiapa yang menunjukkan minat kepada anak anda atau apa-apa pengaduan yang diuatarakan oleh anak anda kebelakangan ini.
-          Simpan buku catatan bersama anda setiap masa untuk menulis apa-apa soalan yang terlintas difikiran anda dan maklumat-maklumat baru seperti nama, tarikh atau nombor telefon.
-          Memaklumkan kepad Pegawai Penyiasat sekiranya ada perkembangan terbaru mengnai kehilangan anak anda.
-          Bercakap dengan orang yang bersedia berkongsi mengenai kebimbangan dan kerunsingan anda.

Langkah-langkah di atas dapat memberi peluang dan sebagai tindakan yang cepat apabila anda menghadapi situasi ini. Anda hendaklah sentiasa tenang dan berfikiran waras dalam menghadapi situasi ini.  Namun begitu, peranan ibu bapa amat penting sentiasa mengawasi anak-anak. Jangan biarkan anak anda pergi ke tempat yang terbuka seperti taman permainan tanpa teman atau tanpa bersama anda. Seperti kata pepatah  ‘Biarkan anak anda menangis jangan sampai kita menangis dikemudian hari’.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *