Saturday, March 11, 2017

PEMBAHARUAN TERHADAP UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELURUH DUNIA.

Nama: zanariah bt ibrahim
No.siri : 050
No. Matrik : 15021353

Kebanyakan peruntukan dalam Al-Quran mengenai perkahwinan dan perceraian adalah bersifat umum dan universal. Oleh yang demikian, ianya mempunyai ruang luas untuk pentafsiran . Para ulama terdahulu lebih terhad dalam pentafsiran mereka terhadap hak-hak wanita dalam keluarga kerana pengaruh sosiobudaya masyarakat ketika itu. Oleh kerana pengetepian dan penundukan kaum wanita adalah ciri-ciri universal dalam masyarakat, baik dalam masyarakat Islam mahupun masyarakat yang menganut fahaman lain, ulama pada masa itu menerapkan nilai-nilai patriarki dan fahaman budaya tersebut terhadap kontrak perkahwinan pada kebiasaannya .

Sejak pertengahan abad ke 20, arah pembaharuan undang-undang ialah untuk menegakkan kesamarataan hak dan keadilan dalam Al Quran, dan bukannya terikat bulat-bulat kepada pentafsiran masa lampau. Undang-Undang Islam di Malaysia perlu diperbaharui kerana ianya mendiskriminasi terhadap kaum wanita (rujuk Jadual 3). Walaupun ajaran dalam Quran menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan wanita itu adalah samarata, peruntukan undang-undang pula menunjukkan hak lelaki melebihi hak wanita. Pindaan terhadap Undang-Undang Keluarga Islam di kebanyakan Negeri sejak tahun 1990an lebih mundur dan tidak menyokong hak wanita, malahan lebih memudaratkan dan bukannya memanfaatkan mereka, oleh itu ia menunjukkan perlunya pembaharuan terhadap undang-undang tersebut.

Diskriminasi dan ketidaksamarataan hak boleh dilihat dari peruntukan-peruntukan mengenai:
-Umur untuk berkahwin - wanita boleh berkahwin pada umur yang lebih muda dari lelaki, tiada had umur minima untuk berkahwin di negeri Perak.
-Ijbar (kahwin paksa) di Kelantan dan Kedah, sekiranya wanita tersebut masih anak dara, wali mujbir (bapa atau datuk sebelah bapa) boleh menikahkan wanita tersebut dengan seorang lelaki yang sekufu tanpa persetujuan wanita tersebut.
-Pendaftaran perkahwinan - sesuatu perkahwinan itu boleh didaftarkan walaupun bertentangan dengan undang-undang.
-Saksi - Hanya lelaki boleh menjadi saksi dalam perkahwinan.
-Poligami - seorang lelaki boleh berkahwin dengan 4 orang wanita, dengan tertakluk kepada beberapa syarat di sesetengah negeri.
-Nusyuz - hanya isteri sahaja yang boleh dihukum kerana nusyuz, bukan suami, walaupun dalam Quran ada menyebut nusyuz untuk menjelaskan perbuatan suami, undang-undang di setengah negeri tidak menjelaskan apakah perbuatan yang mensabitkan nusyuz.
-Perceraian - suami boleh menceraikan isteri tanpa persetujuan atau kerelaan isteri, di luar mahkamah, isteri hanya boleh bercerai dengan persetujuan suami atau melalui prosiding mahkamah yang berlarutan.
-Mut’ah (pampasan kewangan dari suami kepada isteri dibayar setelah berlaku perceraian dengan talaq atau dengan sebab kesalahan pihak suami): Jumlah pada kebiasaannya agak rendah dan tidak wajar, walaupun suami mempunyai sumber kewangan; jumlah ditentukan mengikut budi bicara Mahkamah.
-Hak penjagaan - hak penjagaan anak di sisi undang-undang sentiasa dengan suami, tidak pernah dengan isteri, atau dikongsi oleh kedua pihak.

Pembaharuan yang berterusan

Apabila cadangan untuk pembaharuan terhadap undang-undang Islam dikemukakan, seringkali wujud tentangan dan kebimbangan bahawa agama Islam itu sendiri akan berubah. Walaupun difahami bahawa ramai yang berpendapat “undang-undang Islam” adalah suci dan tidak boleh diubah, renungan secara terperinci dan mendalam terhadap sejarah dan perkembangan undang-undang tersebut menunjukkan bahawa pembaharuan terhadap undang-undang tersebut tidak akan menggugat Islam kerana undang-undang ini adalah fiqh fahaman manusia, bukannya undang–undang asal sebagaimana yang diwahyukan. Prinsip shariah yang asas adalah muktamad, manakala prinsip fiqh pula, yang merupakan pentafsiran manusia mengenai prinsip asal shariah, tidaklah bersifat muktamad. Oleh yang demikian, fiqh boleh dan telah, sejak berzaman-zaman lagi diubahsuai supaya lebih selaras dengan ajaran Al Quran dan Sunnah dengan juga mengambilkira masyarakat Muslim hari ini.
Arah pembaharuan undang-undang di kalangan umat Islam di seluruh dunia bukanlah suatu yang luarbiasa. Pihak berkuasa undang-undang dan agama di negara-negara Islam lain mengakui terdapat aspek-aspek permasalahan dalam undang-undang keluarga mereka yang terkini dan sudah atau sedang memperbaharuinya supaya lebih adil dan saksama. Permulaan ke arah pembaharuan undang-undang adalah satu langkah yang tepat bagi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *