Saturday, March 11, 2017

SIAPAKAH YANG SERING MEMBULI DAN DIBULI?

Nama: zanariah bt ibrahim
No.siri : 050
No. Matrik : 15021353

BULI

Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam. Bertubuh besar tegap dan tinggi. Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Mereka biasanya bertubuh kecil.
Kenapa mereka sering membuli?
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar. Mereka pernah menjadi mangsa buli. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah ambil peduli perasaan orang lain. Mereka yang tidak Berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah displin. Selain itu, berpunca daripada masalah keluarga. Mereka juga menjadikan aktiviti buli itu sebagai hobi.

Apa yang patut dilakukan?
Pihak sekolah perlulah mendapatkam maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi boring soal selidik berkaitan buli. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yangb jelas berkaitan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampar poster antibuli di sekolah, tetqapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama ibu bapa. Tindakan displin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. Disamping itu, perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli di peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah , guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG ) sekolah. Selain itu, guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *