Monday, January 9, 2017

PENGORBANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK YANG TERCINTA

Ditulis Oleh:
AFIFAH BINTI ABDUL RAHMAN
14021106
020

Pengorbanan Ibu Bapa,  Semua ibu bapa mahukan anak‐anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat akhirat. Mereka juga mengharapkan mengharapkan anak menghormati menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya. Jika kita mahukan anak‐anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak‐anak.

 1.) Pengorbanan masa Bagi anak‐anak mereka menilai kasih sayang itu daripada nilai masa yang diluangkan bersama. Ada ketikanya anak ingin sampaikan sesuatu cerita tanpa kehadiran adik‐beradik yang lain. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak‐anak ,mereka hanya sedar kesilapan apabila anak‐anak bermasalah. Sebelum nasi menjadi bubur luangkan masa untuk bersama dengan anak‐anak. “Ambil tahu perkembangan mereka , persekOLAHAn , kawan‐kawan, hobi  dan segalanya   berkaitan dengan  kehidupan mereka”.

2.) Korbankan Perasaan Ego Korbankan perasaan ego kita kerana ada ketika anak‐anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting dalam mendidik anak –anak menjadi dewasa. Anak‐anak memerlukan kita untuk memahami jiwa , pemikiran serta menjadi pendengar juga penasihat yang baik bagi mereka.

 3.) Korbankan kehendak Demi Kebaikan Anak Kebiasaannya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. “ Misalnya, anak lebih berminat bidang kemanusiaan sedangkan kita mahu mereka menjadi jurutera. Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak.

 4.) Korban Keseronokan Demi Anak Setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kecenderungan. Ibu bapa perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah. Jika kita tiada kebolehan , cukup dengan sokongan moral kerana anak‐anak memerlukan kehadiran ibu bapa dalam perkara y g an mereka lakukan. Anak‐anak mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu puji apabila perlu dan bantu setakat yang termampu.

 5.) Korbankan Wang Ringgit korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. “ Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang , tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan pada masa akan datang

Secara kesimpulanya,marilah kita sebgai anak –anak yang soleh dan solehah sama-sama mengucapkan terima ksih kepada bonda,untuk setiap air susu yang mengalir dalam darahku,tanpanya aku tidak akan pernah mampu menghirup udara kehidupan,berteman dengan alam mengharungi nafas dunia bersamamu ,terima ksih kerana selalu menyayangiku.hanya darimu bunda,kudapatkan selimut kasih sayang tnpa batas dan  balasan bunda selalu berikan kebahagiaan atas segala redhamu,

Buah jambu di bwah tangga,
Buah kelapa di hujung desa
Kasih ibu membawa kesyurga
Kasih bapa sepanjang  masa

4 comments:

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *