Monday, January 9, 2017

INDAHNYA MEMAHAMI KESEMPURNAAN AGAMA ISLAM

Ditulis Oleh:
NAMA:AFIFAH BINTI ABDUL RAHMAN
NO MATRIK:14021106
NO SIRI:020
      
  إن الدين  عند الله الإسلم
                           MAKSUDNYA: sesungguhnya agama yang benar disisi allah ialah islam
     Islam ialah agam yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna ataubcara hidup islam yang syumul iaitu yang SEMPURNA   yang  merangkumi  sistem kepercayaan ,perundangan dan akhlak.semenjak  zaman nabi adam as sehingga nabi Muhammad s,a,w ,islam merupakan agama untuk seluruh manusia,bukan dikhaskan untuk sesuatu kaum atau bangsa tertentu atau tempat tertentu sahaja
     Sebagai contoh ,orang yang mendirikan solat ,berpuasa ,mengeluarkan zakat ,menunaikan ibadah haji ,menghormati ibu-bapa dan orang tua merupakan orang yang menunaikan  perintah allah .demikian juga orang yang patuh dengan tidak melakukan larangan allah s.w.t seperti  tidak berzina ,tidak rasuah tidak menzalimi orang lain dan sebagainya .

         Seterunya marilah sama-sama kita lihat apa itu asas-asas dalam islam???
Yang pertama ialah asas akidah iaitu sistem kepercayaan ,akidah dari segi  bahasa bermaksud simpulan atau tali yang  tersimpul  daripada istilah syarak ,akidah bermaksud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri manusia yang berkaitan dengan ketuhanan dan kepercayaan agama lain

   Sebagai contoh  dalam hati seorang muslim terdapat suatu kepercayaan yang kukuh bahawa allah  itu ada.dia merupakan tuham yang berkuasa atas segala-galanya ,kepercayaan adalah akidah

   Jom kita lihat pula apa itu rukun-rukun iman
1-percaya kepada allah
2-percaya kepada malaikat
3-percaya kepada nabi dan rasul
4-percaya kepada kitab
5-percaya kepada hari kiamat
6-percaya kepada qada dan qadar

    Asas yang kedua pula ialah asas perundangan ,dalam islam terdapat empat bahagian besar perundangan islam tujuan undang-undang ini adalah untuk kesejahteraan hidup manusia,iaitu mengatur manusia supaya melakukan yang baik dan menjauhi yang buruk.undang-undang tersebut ialah
1-undang-undang ibadat
2-undang-undang muamalat
3-undang-undang munakahat
4-undang –undang jinayat

    Asas yang terakhir ialah asas nilai.sistem nilai ialah suatu sistem yang menilai tingkah laku manusia berdasarkan hokum nilai yang diletakkan oleh allah,dalam sistem nilai ini terdapat lima kategori iaitu.wajib,harus,sunat,makruh dan haram

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *