Ditulis oleh: Mohamad Hafiz Bin Razali
No. Matrik: 14021088 | No. Siri: 108
Oh GEEKZ blogspot menerangkan
Instagram merupakan aplikasi perkongsian gambar paling popular pada masa kini
yang mana mempunyai 150 juta pengguna yang aktif dengan 60 peratus daripadanya
adalah dari luar Amerika Syarikat. Ianya menjadi semakin popular dengan
pengenalan fungsi memuat naik video pendek selama 15 saat, membolehkan pengguna
Instagram merakam lalu berkongsi saat-saat manis mereka.
Firman Allah: “Dan janganlah kamu mencampakkan
diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah
(dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungghnya
Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. surah
al-Baqarah:195
Namun begitu, kecanggihannya yang
luar biasa juga telah menjadikannya sebagai salah satu medium yang menyebabkan
timbulnya fitnah sekaligus menggadaikan maruah seorang individu. Menurut
sesetengah pengguna Instagram, katanya aplikasi ini menjadi punca terdedahnya
maruah seseorang individu. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk menceritakan
peribadi mereka melalui gambar-gambar yang dimuat naik. Mereka akan di anggap
tidak mempunyai maruah diri dengan memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup
aurat.
Islam juga telah memberi garis
panduan yang jelas kepada manusia bagaimana seharusnya seseorang itu menjaga
maruah dirinya terutama dalam bab berpakaian. Namun, ternyata umat islam kini
tidak mengambil berat dengan perintah tersebut. Menjaga maruah adalah perkara
yang sangat ditekankan di dalam Islam kerana ianya merupakan gambaran sebenar
keperibadian muslim mengikut prinsip syariat Islam sebenar. Segala perbuatan,
pergaulan, tutur kata, dan cara berpakaian yang selari dengan kehendak Islam
meletakkan maruah diri seseorang itu berada di tempat tinggi serta terhormat
seperti yang terhias pada diri rasulullah.
Imam Kazhim berkata “ tidak sempurna
agama orang yang tidak memiliki harga diri, dan tidak memiliki harga diri bagi orang
yang tidak berakal. Sesungguhnya orang yang paling agung nilainya adalah orang
yang tidak menganggap dunia sebagai satu nilai baginya. Ingatlah, harga badanmu
ini adalah syurga, jangan engkau menjualnya dengan selainnya”.
Secara umumnya pengguna Instagram
memberi kesan kepada maruah diri seseorang terutamanya yang beragama Islam.
Lantaran itu, apabila seseorang menjaga maruah diri bermakna mereka memiliki
sifat insan yang dikasihi Allah. Firman Allah mafhumnya, “Dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap
bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu
kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang yang berusaha memperbaiki
amalannya”. Surah al-Baqarah: 195
No comments:
Post a Comment