Friday, January 6, 2017

TUNTUT ANAK DEMI HARTA PUSAKA ARWAH JANDA

Ditulis Oleh:
NAMA  : SITI FAIRUZ ZAHIRAH BT MOHAMED ZAABARUDDIN
NO SIRI : 049


Setiap yang hidup pasti akan mati , hanya Allah yang mengetahui masanya . Oleh itu kita haruslah bersedia. Sesungguhnya janji Allah tentang mati adalah pasti dan Allah sama sekali tidak mengingkari janjiNya kepada hambaNya.

Begitu suratan awal kepada arwah Fazidah sekalipun masih muda namun dia telah menemui ajal . Tinggallah anak yang membesar dan dijaga oleh kakak kandungnya sendiri . Arwah Fazidah sebelum meninggal dunia telah bercerai dengan Bakar hampir setahun yang lalu . Bekas suaminya itu telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita lain dari seberang.

Sebelum meninggal , Fazidah tinggal bersama anak-anaknya tanpa sebarang bantuan kewangan dari Bakar . Memandangkan Fazidah sendiri bergaji dan mempunyai pendapatan tetap , dia malas mengejar duit suaminya itu . Biarlah Bakar sendiri sedar tentang tanggungjawab yand dilupakan itu.

Di mahkamah , kakak kandung Fazidah , Jamilah terpaksa melantik peguam bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anak arwah adiknya memandangkan Bakar cuba menuntut hak penjagaan anak tersebut . Bakar juga telah menyuarakan keinginan untuk menuntut harta pusaka peninggalan Fazidah. Jamilah merasa tersinggung kerana semasa hayat Fazidah , Bakar langsung tidak mempedulikan anak-anaknya . Semuanya diabaikan dan di uruskan sendiri oleh Fazidah , baik soal nafkah , duit belajar dan segala-galanya . Walhal semasa cerai , pihak mahkamah telah menetapkan amaun yang wajib Bakar berikan kepada anak-anaknya itu . Di kala itu semua perkara dipersetujui oleh Bakar.

Namun janji bakar hanya tinggal janji , Bakar tidak mengendahkannya , Jamilah dan adik beradik lain termasuk ibu bapa di kampong banyak membantu Fazidah dalam membesarkan anak-anak tersebut . Mereka saling tidak tumpah seperti anak-anak yatim dikala Bakar hanyut dalam dunia isteri mudanya.Kini laluan Jamilah mendapatkan hak penjagaan anak-anak bukanlah mudah . Bakar sendiri kelihatan beria-ria dengan hak tersebut . Pelbagai janji yang ditaburkan dihadapan pegawai mahkamah bgi membolehkan kesemua anak-anak tersebut dijaganya . Kali ini Bakar cukup memainkan sentiment kasih sayang dan tanggungjawabnya sebagai bapa kandung menarik perhatian pegawai mahkamah.

‘saya kasihan dengan nasib ketiga-tiga anak saya ini , sudahlah ibunya meninggal , takkan mahu ibu saudara membela mereka ,’’ hujah Bakar bagi memperlihatkan seolah-olah dia adalah bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak . Bakar yang hadir siap bersongkok dan berbaju kemas dan kelihatan amat kemas dan sesuai dengan imej bapa yang baik.

TIADA BUKTI
Namun , permainan Bakar dapat dihidu oleh Jamilah dan peguamnya yang langsung membongkar keinginan jahat Bakar . Dalam penghujahan peguam Jamilah mengatakan , ‘ Tuan , saya berkeyakinan bahawa Encik Bakar tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga semua anak ini , sekalipun dia adalah bapa kandung mereka,’  ujar peguam dalam menarik perhatian mahkamah.

“selama ini Encik Bakar tidak pernah menghiraukan anak-anak ini , tidak pernah menyediakan kewangan dan nafkah bagi anak-anak ini . Sebaliknya anak guam saya dan keluarganya yang banyak membantu arwah Fazidah dalam urusan anak-anak ini , tuan.

“Saya berkeyakinan , Encik Bakar hanya berminat dengan duit pusaka yang telah ditinggalkan arwah untuk anak-anak ini daripada hak penjagaan . Dengan menjaga anak-anak ini , beliau sekali gus dapat mengambil duit yang berjumlah rm30,000 ”, tutur peguam itu dengan jelas.

Pegawai lantas mengarahkan Bakar mengekemukakan resit-resit kemasukan duit nafkah sebagaimana arahan perintah terdahulu ,Di samping mengarahkan kes ini dibicarakan . Selanjutnya pegawai mahkamah memperdengarkan petikan ayat al quran , Surah an Nisa’ , ayat 10 “ Sesungguhnya orang-orang yang makan harta anak yatim secara zalim , sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api kedalam perut mereka dan mereka pula akan masuk kedalam api neraka yang menyala – nyala . ” Ia bagi menyedarkan Bakar agar mengambil berat soal harta anak-anak yatim dan bukan bagi tujuan lain.

Saya secara peribadi boleh meyakini hujah peguam Jamilah dalam hal ini . Jika awak Bakar , boleh membuktikan bahawa awak sememangnya bapa yang bertanggungjawab , sila kemukakan semua bukti sepanjang tempoh perkahwinan dan setelah bercerai daripada arwah , supaya saya dapat mempertimbangkan kedudukan awak dalam hal ini ”, arah mahkamah selanjutnya kepada Bakar.


Bakar hanya menundukkan kepala , mengawal perasaan marah apabila dirinya sendiri umpama dimalukan , ditelanjangkan dihadapan orang lain . Semoga hak kebajikan anak-anak yatim tersebut terus terpelihara meskipun ibunya telah meninggal dunia .  

1 comment:

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *