Ditulis Oleh:
NAMA : SITI FAIRUZ ZAHIRAH BT MOHAMED ZAABARUDDIN
NO SIRI : 049
Pada fasa
pertama kehidupan anak-anak sekitar umur tujuh tahun pertama kehidupan mereka
amat bergantung pada persekitaran . Setiap individu yang berada dalam
persekitaran merupakan faktor penting terhadap pembentukan kendiri anak-anak
ketika ini.
Uniknya
anak-anak pada ketika ini walaupun dari segi fizikalnya masih tidak sekuat
orang yang lebih dewasa namun kuasa serapan maklumat dalam mindanya berfungsi
dengan cukup baik . Segala maklumat daripada persekitaran diserap masuk tanpa
sebarang halangan . Maklumat-maklumat ini akan disimpan kemas dalm memori bawah
sedarnya , suatu ketika nanti , apabila ada ransangan yang hamper sam berlaku
didalam persekitarannya , maklumat yang sudah ada akan memunculkan diri dan
memainkan fungsinya . Subhanallah , hebatnya ciptan Allah !
Oleh sebab itu
, sebagai ibubapa yang prihatin dengan perkembangan diri anak yang sihat dan
pembentukan kendiri yang positif , pada waktu ini dia akan bekerja keras bagi
memastikan setiap maklumat yang masuk kedalam minda bawah sedar anak adalah
menyamai dengan fitrah diri anak yang amat bersih.
Semua perkara
atau input akan ditapis rapi agar pangkalan data yang terbina dalam minda
anaknya kelak adalah pangkalan data positif yang sama dengan fitrah dirinya
yang baik . Proses ini amat sukar dilakukan , hal ini kerana masing-masing
sudah pun mempunyai sejarah diri masing0masing yang membentuk kendiri kita . Ditambah
pula dengan gelojak emosi sama ada daripada diri sendiri mahupun pengaruh persekitaran menyebabkan kita agak
sukar untuk sentiasa positif dihadapan anak-anak . Walau bagaimanapun ,
persekitaran ini masih boleh lagi boleh dibentuk .
Di samping mencuba sedaya
upaya mungkin untuk mengurangkan situasi negatif dan memberikan input yang
kurang baik melalui teladan kita kepada anak-anak . Kita sebagai manusia biasa boleh sahaja memperbaiki
situasi negatif dan mempereloknya dengan
menginsafi , kata-kata maaf dan pujukan .
Contohnya,sebagai
manusia biasa,ada suatu ketika kita tidak boleh berkompromi dengan tindakan
anak anak dan memarahi mereka.Pada ketika ini,kita perlu pertama sekali
memperbetulkan niat iaitu marah tadi bukan untuk melepaskan geram namun untuk
mendidik anak.Seterusnya,kita perlu tahu dan sedar bahawa anak anak kita sedang
merakam situasi yang sedang kita timbulkan .Jadi apa yang perlu dilakukan ialah
memastikan anak anak menerima mesej yang ingin disampaikan iaitu dengan
memujuknya kembali dan memberitahu mengapa ibu perlu marah.Nyatakan marah ibu
bukan kerana benci namun kerana amat menyayanginya,kerana ibu sayang ibu ingin
anak ibu menjadi baik dan perlu menegur perbuatannya.Kemudian mintalah maaf
sekiranya apa yang lakukan menggores hatinya.
Perkara yang
paling penting daripada proses ini adalah untuk memastikan anak boleh
menerima.Ini kerana,jika anak masih belum boleh menerima,dia akan
menyimpan maklumat tersebut ke dalam
minda bawah sedrnya.Di mana maklumat maklumat negatif ini boleh menjadi
penghalang kepada potensi potensi fitrahnya untuk berkembang dengan baik.Anak
anak kita masih terlalu dekat dengan fitrah dirinya.Apa yang ditonjolkan pada
ketika usianya masih kecil hakikatnya merupakan cara dia ingin berinteraksi
dengan orang yang paling hampir dengannya dan seterusnya meneguhkan jalinan
kepercayaan yang sedang dibina.
Sebagai orang
dewasa,cara kita memberi respons terhadap tindakan anak anak adalah amat
penting.Hal ini kerana pada mata anak kita adalah orang yang amat
dipercayainya.Segala apa yang kita tonjolkan dan perkataan adalah satu panduan
yang betul baginya.Jika kita rasakan kita banyak kekurangan namun bagi anak
kita adalah contoh yang amat sempurna baginya.Oleh itu,bagi melahirkan anak
anak yang cemerlang dunia akhirat dan
hampir dengan fitrahnya kita juga perlu berubah kepada yang lebih baik.Moga
Allah bantu proses perubahan dan
mendidik apabila niat kita hanya untuk meraih perhatiannya,in sha Allah.
No comments:
Post a Comment